NAK TAU INFO KLIK SINI

Monday, May 21, 2018

TUN MAHATHIR BERUSIA 92 TAHUN PANDU KERETA SENDIRI DI BANDARAYA KUALA LUMPUR


Sekarang tular satu foto yang buat GK rasa sangat kagum yang teramat sangat pada Tun M perdana menteri Malaysia ke-7 ni. Di usia emas ini, beliau mampu dan berani memandu sendiri kereta di sekitar bandaraya Kuala Lumpur untuk meninjau persekitaran Kuala Lumpur.

Kenapa Dr Mahathir pandu sendiri kereta 
Ini bukan kali pertama Perdana Menteri Malaysia ke 7, Tun Mahathir memandu kereta sendiri. Beliau tidak menggunakan pemandu peribadi dan pada usia yang menjangkau 93 tahun beliau masih kuat dan boleh pandu sendiri.Sebelum ini akhbar Sinar Harian ada membuat artkel tentang Tun Mahathir memandu kereta sendiri ke Pavillion, Kuala Lumpur. Berikut adalah artikelnya.Tun Dr Mahathir Mohamad hari ini, menghabiskan hampir 45 minit, untuk memandu sendiri Proton Perdana miliknya ke Kuala Lumpur.Difahamkan, bekas perdana menteri itu memandu dari rumahnya, untuk ke pusat membeli belah Pavilion Kuala Lumpur.Pegawai terdekatnya memberitahu, Mahathir memandu ke Kuala Lumpur untuk beriadah.“Hari ini Tun M berpeluang memandu Proton Perdana milik sendiri setelah bertahun menyumbang idea.“Beliau ke sana untuk menikmati masa santainya, sambil-sambil minum kopi dan pusing Kuala Lumpur,” kepadanya Sinar Online.Dalam perjalanannya hari ini, Mahathir ditemani oleh dua orang pembantunya.Mahathir merupakan pencetus awal kepada penubuhan Syarikat Perusahaan Otomobil Nasional Sendirian Berhad (Proton), ia ditubuhkan pada 7 Mei 1983 dengan modal berbayar sebanyak 150 juta ringgit.Kini syarikat Proton menjadi kebanggaan negara, apabila berjaya menghasilkan beberapa model reka bentuk asli dan beroperasi dalam sekurang-kurangnya 26 negara pada masa ini, majoritinya adalah di Asia.
MASIH LAGI MEMANDU SENDIRI
Dr Mahathir pandu kereta ke Pavilion
Walaupun sudah pun menjadi Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad masih lagi pandu kereta sendiri dan paling penting sekali kereta yang dipandu beliau adalah kereta Nasional jenama Proton.
PM pandu sendiri kereta ke KL
Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad memandu sendiri Proton Perdana bagi memantau perkembangan terkini di sekitar Kuala Lumpur, pagi tadi.
Video tersebut dimuat naik Firdaus Abdullah di Twitter.
sumber : http://hikayatdunia.net


post signature

No comments :

Post a Comment

Seronok tak entry nie?Komen la sikit..。^◕‿◕^。

HASIL TANGAN GADIS KAMPUNG

Related Posts with Thumbnails

IKLAN JAP