NAK TAU INFO KLIK SINI

Wednesday, September 1, 2010

LAGENDA BUDAK SETAN

Daku tak sempat lagi nak tengok filem lagenda budak setan..tapi bila tengok drama lagenda budak setan kat astro...hati terus terpikat dan terikat...Daku dah jatuh suka dengan watak kasha dan ayu...bila dengar lagu dia BILA CINTA NYANYIAN GIO..buat daku lagi terus jatuh cinta dengan filem nie...nak cari novel dia la..ada lagi ke?


lagenda budak setan

Ramai orang kata novel nie memang best...aritu ada ajak kakak pi kedai buku kat kangar...tanya tauke kedai dia kata sold out...mai lagi minggu depan...aduis....orang dah la nak cari cite nie...nak layan movies dia la..tapi rasa dah tak tayang dah kot..sekarang dah masuk bulan september nie..tengok poster movie dia daku terus tak sabar2 nak tengok citer nie...takpe tunggu kuar cd la daku beli...


Tangan nie rajin sangat nak cari juga Sinopsis Lagenda Budak Setan..pastu jumpa la blog nie http://ohmalaysia.com/lagenda-budak-setan-filem-cinta-terbaik/     yeah..ada juga sinopsis dia..korang mesti nak tau juga kan citer dia pasal per...korang baca la sinopsis nie..

Sinopsis Lagenda Budak Setan
Kasyah bersama rakan sekumpulannya, Sapi, Man dan Cin Cai merupakan pelajar nakal yang sering membuat onar dan terkenal kerana sering dikenakan tindakan disiplin. Mereka juga melabelkan kumpulan mereka sebagai anti perempuan. Namun, sikap dan kenakalan Kasyah berubah dengan kemunculan pelajar baru, Ayu. Ayu telah benar – benar menambat hati dan perasaan Kasyah, membuat dia jatuh cinta. Ayu mencabar Kasyah untuk berubah dan sebagai syarat untuk dia menerima Kasyah. Episod baru hidup Kasyah pun bermula.
Tiba masanya Kasyah perlu melakukan tugasan kajian tesisnya ke pedalaman. Kasyah berpisah sementara dengan Ayu. Azmi yang pernah mengecewakan Ayu, kini muncul kembali menagih cinta dari Ayu. Azmi hampa bilamana Ayu menolak permintaannya itu. Melalui ibu Ayu, Mak Leha, Azmi merencanakan sesuatu untuk membolehkannya bernikah dengan Ayu. Melalui perancangan Azmi, Mak Leha berpura sakit jantung dan tidak boleh kerisauan. Ayu yang serba salah terpaksa menerima Azmi dalam hidupnya, kerana bimbangkan keadaan ibunya. Ayu berkahwin dengan Azmi. Kasyah kecewa. Kebahagian yang diharapkan tidak menjelma.
Azmi kembali kepada tabiat lamanya yang pemabuk, panas baran, kaki perempuan dan sering membelasah Ayu. Suatu malam, mereka berdua bergaduh besar. Ayu yang dipukul bertindak melarikan diri dengan kereta. Ketika memandu dalam keadaan trauma dan emosi, Ayu hilang kawalan lalu kemalangan. Ayu cedera parah. Mukanya hancur. Azmi menuntut maaf tapi Ayu sebaliknya menuntu cerai dan minta wajah yang baru. Episod baru hidup Ayu pun bermula. Ayu yang kini berwajah baru tampil sebagai Emilia. Ayu ingin memulakan hidup baru dan melupakan episod dukanya.
Ayu / Emilia, menubuhkan syarikat melalui wang simpanan dan pampas an dari Azmi. Melalui kawannya, Suzana, Kasyah dijejaki dan dipelawa untuk bekerja dengan syarikat Emilia. Kasyah yang pada mulanya tidak menyangka apa–apa, mula mengesyaki sesuatu setelah baru bekerja. Melalui Suzana juga Kasyah mengetahui segalanya tentang Ayu / Emilia. Hubungan mereka kembali bertaut. Azmi yang sakit hati cuba mengagalkan hubungan itu kembali. Azmi sekali lagi meminta bantuan Mak Leha untuk memujuk Ayu / Emilia.
Semasa di rumah Emilia, Azmi telah memukul Emilia dihadapan Mak Leha sehingga milia terjatuh dan tidak sedarkan diri. Emilia cedera parah di kepala dan hilang ingatan. Berbagai cara dilakukan oleh Kasyah dan Mak Leha untuk memulihakn ingatan namun belum berhasil. Emilia yang senakin pulih, akhirnya mengahwini Kasyah. Kebahagian yang diharapkan Kasyah tidak kekal lama. Ayu / Emilia meninggal dunia ketika melahirkan anak.

Sedihkan..tapi daku tetap nak beli novel tue bila dengar lagu dia lagi hati tersentuh..korang dengar la hayati la sedih sangat...tapi daku suka...sebab daku memang minat LISA SURIHANI dan FARID KAMIL...
  

 


No comments :

Post a Comment

Seronok tak entry nie?Komen la sikit..。^◕‿◕^。

HASIL TANGAN GADIS KAMPUNG

Related Posts with Thumbnails

IKLAN JAP