NAK TAU INFO KLIK SINI

Thursday, February 17, 2011

SENARAI ORANG TERKAYA DI MALAYSIA 2010

 Menurut laporan yang dikelurankan oleh Malaysian Business keluaran semalam. Inilah muka-muka baru yang mendapat tempat ke-10 sebagai orang terkaya di Malaysia...ternyata orang kuat gula telah mendahului carta mungkin pasal harga gula dah naik kot heheheh beliau ialah Tan Sri Robert Kuok Hock Nien  ...orang kuat maxis pun tak kurang hebatnya beliau di tempat ke-2 beliau ialah Tan Sri T. Ananda Krishnan ...
apa2 pun GK bangga sekurang-kurangnya ada juga seorang anak melayu tercatat di dalam kategori ini walaupun beliau di tempat ke-7 iaitu Tan Sri Syed Mokhtar Al-Bukhary.

SENARAI LENGKAP  BILLIONAIRE DI MALAYSIA 2010..

1.  Tan Sri Robert Kuok Hock Nien (Kerry Group/Kuok Group) RM42.76 bilion
2.  Tan Sri T. Ananda Krishnan (Usaha Tegas) RM27 bilion
3.  Tan Sri Lee Shin Cheng (IOI Group) RM11.92 bilion
4.  Tan Sri Teh Hong Piow (Public Bank) RM10.86 bilion
5.  Tan Sri Lim Kok Thay (Genting Group) RM10.38 bilion
6.  Tan Sri Quek Leng Chan (Hong Leong Group) RM7.09 bilion
7.  Tan Sri Syed Mokhtar Al-Bukhary (Al-Bukhary Foundation) RM6.01 bilion
8.  Puan Sri Lee Kim Hua (Genting Group) RM4.4 bilion
9.  Tan Sri Tiong Hiew King (Rimbunan Hijau) RM3.5 bilion
10.  Tan Sri Vincent Tan Chee Yioun (Berjaya Group) RM3.2 bilion 
Anak mantan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad tersenarai dalam 20 orang terkaya di Malaysia 2010. Sehingga 15 Januari lalu, Mokhzani dari Kencana Petroleum, disenaraikan dengan kekayaan sebanyak RM1.075 bilion untuk menduduki tangga ke-20 orang terkaya di Malaysia.
Manakala Tan Sri Azman dari Arab-Malaysian Corp di senaraikan di tangga ke-11 dengan kekayaan sebanyak RM2.8 bilion. Datuk Seri Nazir Razak yang juga merupakan adik kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dari Kumpulan CIMB, turut disenaraikan antara 40 orang terkaya di Malaysia 2010.

Nota Kaki:
Selepas ni GK pulak tersenarai dalam list nie...(dalam mimpi hehehehe)

1 comment :

  1. biler la dapat masuk nama pieyaris dalam senarai ni...huhuhuhu

    ReplyDelete

Seronok tak entry nie?Komen la sikit..。^◕‿◕^。

HASIL TANGAN GADIS KAMPUNG

Related Posts with Thumbnails

IKLAN JAP