NAK TAU INFO KLIK SINI

Tuesday, March 15, 2011

KARIKATUR ULTRAMAN DIKEJAR TSUNAMI

Hajat hati mungkin pelukis nie nak bergurau tapi gurauan dia tak kena tempat...dah la karikatur nie diterbitkan di berita harian...satu malaysia boleh tengok....kadang kala kita nak bergurau pun kena la tengok tempat juga takut ada hati2 yang tersinggung...siap masuk CNN lagi...betul-betul memalukan nama negara kita...ada orang luar kata kita langsung tak sensitif megenai isu tsunami...isshhhh...jangan la pikir semua macam tue...kitaorang orang malaysia masih lagi kesian kat mangsa-mangsa tsunami tue...siap tubuhkan lagi tabung untuk diorang....
Ada juga artis yang update twitter dia buat lawak pasal ultraman dengan doreomon dengan tsunami juga...
Korang nak tau tak dia sapa dia la fizz fairuz....
ayat dia macam nie....
" MANALAH ULTRMAN n POWER RANGER n DOREAMON DLM SAAT2 GENTING TSUNAMI DI JEPUN"
karikatur berita harian

Nota Kaki:

Tadi pun ada juga member GK sempat juga bergurau pasal nie kat opis...nasib tak de yang rakam kalau tak mau kena saman juga hehehehe...

5 comments :

  1. Terlebih dahulu saya nak minta maaf diatas komen yg bakal saya kemukakan...

    Saya amat tidak bersetuju sekiranya anda menyalahkan 100% pelukis kartun ini dan menyalahkan berita harian kerana mengeluarkannya... Mentaliti kebanyakan masyarakat Malaysia mungkin agak cetek dalam mentafsirkan sesuatu karya.. Nampak je ULTRAMAN dikejar TSUNAMI terus anda cakap pelukis itu melukis tanpa memikirkan sensitivi masyarakat..

    Saya ingin mengambil sedikit masa anda untuk melihat dan mengkaji semula maksud tersirat didalamn kartun yang dipaparkan sebelum mencemuh 100% karya itu..

    Bagaimana jika maksud pelukis itu ditafsirkan begini...

    Walau sekuat mana kita menggambarkan diri kita,
    walau semaju mana tamadun manusia kita,
    tiada makhluk (se-GAH Ultraman ciptaan manusia dalam kartun ini) yg dapat melawan kekuasaan Allah tuhan sekelian alam....

    Sekian pandangan saya... Assalamualaikum..

    ReplyDelete
  2. tima kasih creativecolor kerana sanggup menulis komen entry nie..GK setuju dengan statement yang awak tulis nie tapi didalam situasi sekarang perasaan mangsa tsunami peru dijaga jg...memang benar kita tidak boleh melawan kebesaran Ilahi tetapi kita juga tidak boleh mempersenda hasil karya mereka dengan situasi yg mereka alami sekarang...ini lagi membuat mereka terasa kita langsung tidak sensitif isu sejagat....pendapat GK saja....

    ReplyDelete
  3. ultraman adalah salah satu ikon jepun yang amat terkenal diseluruh dunia... jadi untuk menceritakan atau memberitahu bahawa tsunami itu telah melanda jepun maka pelukis menggunakan Ikon itu sebagai merujuk kepada negara jepun..

    adakah ikon yg lebih baik dari ini yang boleh anda gantikan sebagai merujuk kepada jepun???
    jika ada.. sila nyatakan..
    adakah patut pelukis melukis orang jepun sebenar didalam kartun ini bagi menyampaikan maksudnya? mungkin itu lebih keterlaluan.

    kartun ini jgn dianggap sebagai mempersenda.. anggaplah ia sebagai satu bentuk penyampaian berita dalam bentuk Visual.. selain bentuk penyampaian berita yg sedia ada seperti secara Lisan & Teks.

    Saya amat yakin, dengan sekali pandang sahaja seluruh rakyat malaysia faham akan berita yg cuba disampaikan dalam kartun ini. Tetapi apa yang saya tidak faham ialah mengapa ia dikritik teruk sebelum dianalisa..

    Saya juga yakin bahawa lebih ramai org menyokong anda dalam hal ini dan saya hanyalah antara minoriti yang berpendapat sebaliknya.. jadi tidak mustahil saya akan menerima kritikan atas pandangan ini.. Tapi tak mengapa kerana tujuan saya adalah mengajak kita semua lebih meneliti dan menganalisa sebelum mengkritik seseorang (dalam konteks ini adalah pelukis kartun seperti diatas) yang jauh lebih berpengalaman dan berpengetahuan dalam bidangnya dari kita..

    Sekian pandangan saya.. Harap maaf sekali lagi jika terkasar bahasa atau menyinggung sesiapa...

    Assalamualaikum

    ReplyDelete
  4. tima kasih bg pandangan mcm nie...bgs juga ada reader yg sudi komen mcm nie...GK baca komen awak sambil tersenyum...best juga kn kritik sebab tak nah lg kn kritik dlm menulis blog nie....

    ReplyDelete

Seronok tak entry nie?Komen la sikit..。^◕‿◕^。

HASIL TANGAN GADIS KAMPUNG

Related Posts with Thumbnails

IKLAN JAP