NAK TAU INFO KLIK SINI

Thursday, January 12, 2012

BANTUAN RAKYAT 1MALAYSIA[BR1M] RM500 AKAN DIBAYAR MULAI 16 JAN 2012


MELAKA 11 Jan. – Pemberian bantuan wang sekali bayar sebanyak RM500 menerusi program Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) akan mula diagih-agihkan kepada penduduk di negeri ini bermula 16 Januari ini.
Ketua Menteri, Datuk Seri Mohd. Ali Rustam berkata, sebanyak 140,000 permohonan telah diterima melalui borang yang telah dihantar ke pejabat Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) Melaka yang berakhir semalam.
Menurutnya, borang permohonan itu akan diproses oleh LHDN bagi mengenal pasti hanya rakyat yang berpendapatan bulanan di bawah RM3,000 yang layak untuk menerima bantuan daripada kerajaan Pusat.
”Orang ramai tidak perlu kelam-kabut kerana mereka yang layak menerima bantuan itu akan mendapat surat masing-masing daripada LDHN sebelum 16 Januari ini.

Nota Kaki:
Kepada yang dapat duit tue guna la duit tue dengan penuh berhemah...jangan membazir beli benda yang tak perlu...utamakan keperluan bukan kehendak...




   

No comments :

Post a Comment

Seronok tak entry nie?Komen la sikit..。^◕‿◕^。

HASIL TANGAN GADIS KAMPUNG

Related Posts with Thumbnails

IKLAN JAP