NAK TAU INFO KLIK SINI

Tuesday, January 17, 2012

PELAJAR USM BERGURAU INGIN BOM HELIKOPTER PM

Pelajar Universiti Sains Malaysia (USM) yang disiasat kerana membuat ugutan berunsur jenayah terhadap Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, di dalam laman sosial, Facebook, adalah atas kehendaknya sendiri dengan niat bergurau.

Ketua Polis Negeri, Datuk Ayub Yaakob, berkata selepas disoal siasat, pelajar tahun empat jurusan kejuruteraan itu mengakui dia berniat untuk bergurau dan sekadar main-main serta menyesal dengan perbuatannya itu.

Kelmarin, pelajar berusia 24 tahun itu ditahan polis kerana didakwa membuat ugutan berunsur jenayah ke atas Najib di dalam laman sosial, Facebook yang berbunyi : “Najib is coming to our campus....lets bomb his helicopter.”

Dia ditahan berikutan satu laporan polis dibuat selepas satu blog menyiarkan perbuatan pelajar berkenaan. Pelajar itu yang disoal siasat di Ibu Pejabat Polis Daerah Timur Laut di di sini, dibebaskan kira-kira jam 5.30 petang kelmarin.


Nota Kaki:
Bahaya bergurau atau bagi komen kat FB nie ramai yang memerhati...dah tue pi bubuh lak kat blog dia...sebar ke seluruh dunia...niat nak bergurau dah jadi kes polis....





   

No comments :

Post a Comment

Seronok tak entry nie?Komen la sikit..。^◕‿◕^。

HASIL TANGAN GADIS KAMPUNG

Related Posts with Thumbnails

IKLAN JAP