NAK TAU INFO KLIK SINI

Tuesday, February 14, 2012

BILA FAKTA MENGENAI VALENTINE DI PUTAR BELITKAN

Tadi ada kawan di fb telah meng"publish" satu artikle ketidakpuasa hati seorang insan beragama kristian mengenai hari valentine dan penyalah masyarakat kepada paderi kesayangan mereka valentino...
ok mai kita zoom apa yang dia tulis semoga semua dapat baca...
  
Tolong hentikan fitnah dan PENYEBARAN kenyataan yang tiada asas mengenai Valentine Day ~ Kristian tidak pernah menggalakkan org utk menyambut Hari Valentine dgn mengadakan maksiat dan seks luar nikah.. Malah dalam kalendar katolik, Sante Valentine diraikan dengan penuh rasa hormat dan kekudusan. Suka untuk diingatkan bahawa Saint Valentine tidak membunuh diri kerana kononnya FRUST dgn kekasih dia.. Sante Valentine merupakan paderi Rome yang mendukung dasar perkahwinan. Dia telah ditangkap maharaja Claudius rome kerana mengahwinkan pahlawan2 perang Rome dgn wanita kerana pada ketika itu, pahlawan2 Rome tidak dibenarkan berkahwin, dikhuatiri tidak boleh turun berperang. Maka Sante Valentine dipenjarakan. Di dalam penjara, Sante Valentine telah mengkristiankan 46 orang pemuda Rome yg tidak ada pegangan agama. Menyedari situasi ini, Maharaja Rome memerintahkan agar Sante Valentine dihukum pancung kepala pada 14 Februari 270. Pada tahun 496, Pope Gelasius telah mewartakan 14 Februari sebagai "hari kudus" atau "hari suci" untuk memperingati Sante Valentine. Maka, tidak ada unsur2 maksiat dan seks luar nikah yang dianjurkan oleh pihak gereja pada setiap 14 februari. Cuma apa yg menyedihkan, Hari memperingati Sante Valentine telah dicemari dgn iklan yg lebih berbentuk Commercial, kununnya hari tersebut adalah Hari Kekasih.. dan pelbagai lagi tanggapan, prasangka buruk terhadap hari Valentine. Hanya kerana ada segelintir pemuda-pemudi yg yg ikut hati kepala masing2-meraikan dgn cara mereka yg tersendiri, tidak bermaksud itulah makna sebenar hari Valentine's.. Usah menuding telunjuk ke --> Sante Valentine.. atau Valentine's Day.. Percayalah, setiap agama mengajar umatnya tentang kebaikan.. Mohon diambil perhatian bagi mengelakkan fitnah yg semakin berleluasa. Dosa fitnah lebih besar dari dosa membunuh.. Peace ^^

Tadi GK telah jumpa satu video mengenai haram menyambut valentine oleh ustaz azhar idrus...dia kata paderi nie telah berjaya memurtadkan sejuta umat islam di sepanyol bukan 46 orang...dia juga diberi keistimewaan kawin dengan awek isabela...
dengar video nie...

3 comments :

  1. UAI mang terbaik, Thanks Sis sebab share-2 menda yg dipandang remeh ni, :)

    ReplyDelete
  2. sambut hari raya sudah la..hehehe..

    ReplyDelete
  3. sama2 liyana...pipoq betul tue GK setuju...banyak lagi perayaan boleh sambut...

    ReplyDelete

Seronok tak entry nie?Komen la sikit..。^◕‿◕^。

HASIL TANGAN GADIS KAMPUNG

Related Posts with Thumbnails

IKLAN JAP