NAK TAU INFO KLIK SINI

Thursday, March 29, 2012

BILIK 7 BUKA PEKUNG ARTIS


BILIK 7 – Bikin PANAS!  Pendedahan rahsia dan pengakuan selebriti penuh dramatik dan kejutan.
Bilik 7 yang bakal bersiaran selama 13 episod ini membawa penonton berhadapan dengan artis tanahair yang penuh kontroversi antaranya Azwan Ali, Zarina Anjoulie, Radhi OAG, Lisdawati Nazarudin, Raja Azmi Raja Sulaiman, Pian Cecupak, Johan Asari, Melia Amelia, Mawi, Natasha Hudson, Ayu Damit dan Gambit Saifullah.  Rancangan yang dikendalikan di dalam Bahasa Malaysia ini bakal menemui penonton bermula 5 April, setiap hari Khamis jam 9.00 malam secara eksklusif di ntv7.Bilik 7 sebuah lagi rancangan penuh provokasi dan hangat diperkenalkan untuk mendedahkan rahsia terdalam selebriti serta menguraikan segala kontroversi yang melanda mereka. Rancangan sensasi Bilik 7 berformat ala temubual soal siasat pastinya bakal mengorek keluar segala rintihan dan sisi rahsia apa yang terbuku daripada diari tetamu selebriti. Menariknya lagi, set Bilik 7 direka menyerupai bilik soal siasat polis dengan sebuah meja yang mengasingkan suspek dan pihak penyiasat. Pastinya sesiapa sahaja yang melangkah masuk bakal terkesima seketika dan mula terasa sedikit terancam. Memainkan tugas sebagai penyiasat di dalam Bilik 7 adalah tidak lain dan tidak bukan, Richie Rachman.
Bilik 7-Episod Zarina Anjoulie
Bilik 7-Episod Azwan Ali  

NOTA KAKI:
Orang kita suka la rancangan macam-macam nie boleh tau luar dalam orang pastu boleh jadi topik gosip sambil makan mempelam cicah garam belacan ...


2 comments :

Seronok tak entry nie?Komen la sikit..。^◕‿◕^。

HASIL TANGAN GADIS KAMPUNG

Related Posts with Thumbnails

IKLAN JAP