NAK TAU INFO KLIK SINI

Thursday, March 8, 2012

PETUA UNTUK MENDAPAT ZURIAT

Salam semua dah breakfast ke belum...GK terbaca kat metro tadi....ada satu story nie yang membuat GK teringin sangat nak share dengan korang semua...tajuk berita tue ialah 
"MEK POWER - Bahagia kaya anak"




KOTA BHARU: Suami pantang ‘tersentuh’, manakala isteri tidak pernah menolak. Itu antara rahsia kebahagiaan rumah tangga Isa Hassan, 56, dan Mek Jah Yusof, 52, yang layak digelar ‘pasangan super’ apabila memiliki 18 anak sejak berkahwin 40 tahun lalu.
Selain itu, kehidupan sukar pasangan berkenaan yang menetap di rumah usang di Kampung Pantai Pulau Kundor, dekat sini, turut menjadikan mereka individu yang ‘subur’ kerana tidak terdedah makanan tidak sihat seperti makanan ringan dan minuman berkarbonat.
Menurut Isa, dia tidak pernah minum minuman berais, manakala makanan utama mereka kebiasaannya nasi berlaukkan ulam-ulaman dan bunga nipah dicecah dengan budu.

“Saya orang susah, tak dapat makan seperti makanan segera atau minuman berkarbonat. Makanan saya hanya nasi berlaukkan ulam-ulaman serta bunga nipah dicecah budu. Jika memancing dapat ikan, maka bertambah lauk.

“Pada masa sama pekerjaan sebagai pencari buah dan bunga nipah memerlukan saya bangun seawal jam 6 pagi dan menggunakan sepenuhnya kudrat untuk memotong pokok nipah serta menghiris bunganya. Pekerjaan itu membuatkan tubuh saya sentiasa bertenaga dan sihat,” katanya ketika ditemui di rumahnya, semalam.

NOTA KAKI:
Kepada pasangan yang masih berkesempatan memperolehi zuriat sendiri cuba amalkan apa yang mek nie buat...jangan minum air gas, jangan minum minuman berais banyakkan makan ulam-ulam...semoga berjaya...

2 comments :

  1. yang tu mungkin hanya faktor sampingan je kot..mungkin logiknya banyak lagi faktor faktor lain tu..hehehe

    ReplyDelete
  2. agaknya diorang tak mengamalkan perancang keluarga kot..

    ReplyDelete

Seronok tak entry nie?Komen la sikit..。^◕‿◕^。

HASIL TANGAN GADIS KAMPUNG

Related Posts with Thumbnails

IKLAN JAP