Salam semua, di hari jumaat ini ingin GK berkongsi satu ilmu dengan korang semua...ilmu yang patut dikongsi dengan semua umat manusia tidak kira islam atau sebaliknya ilmu yang memberi peringatan tentang dajjal, hari kiamat dan siapa yakjuj dan makjud...GK akan kupas satu persatu semoga semua pembaca mudah memahami...wallahualam...
APA ITU TASIK GALILIE:
Laut Galilee, juga Tasik Gennesaret, Tasik Kinneret, Laut Tiberias atau Tasik Tiberias
Ia merupakan tasik air tawar terbesar di Timur Tengah,
dan memiliki ukur lilit sepanjang kira-kira 53 km (33 batu), kira-kira
21 km (13 batu) panjang, dan 13 km (8 batu) lebar. Tasik ini memiliki
keluasan sebanyak 166 km², dan kedalaman maksima kira-kira 43 m
(141 kaki).
Pada kedalaman 209 meter di bawah paras laut, ia merupakan tasik air
tawar terendah di Bumi dan tasik kedua terendah di dunia (selepas Laut Mati, sebuah tasik air masin).
Kinneret adalah terletak jauh di dalam Lurah Gelinciran Besar Jordan, sebuah lembah yang disebabkan oleh pemisahan plat-plat Afrika dan Plat Arab dan punca airnya sebahagian datang daripada mata air bawah tanah meskipun begitu punca utamanya adalah daripada Sungai Jordan yang mana mengalir melaluinya dari utara ke selatan. Keadaan ini bergantung kepada gempa bumi dan, pada masa lalu oleh aktiviti gunung berapi. Ini dapat dibuktikan dengan penemuan banyak basalt dan batu igneus lain yang mentaksifkan geologi kawasan Galilee. SUMBER DARI WIKIPEDIA
KENAPA ISRAEL TERLALU SAYANGKAN LAUT@TASIK INI..
Pada tanggal 27/11/2011 telah genap setahun selepas akhbar harian Kosmo! (M) melaporkan beberapa pemimpin Israel mengadakan upacara memanggil hujan. Ia diadakan berikutan kebimbangan Yahudi di Israel terhadap paras air di Tasik Galilee yang dilihat semakin susut.
Akhbar Kosmo! bertarikh 27/11/2010
itu antara lain menunjukkan beberapa orang lelaki Yahudi meniup alat
muzik shofar sebelum majlis penyembahan meminta hujan yang diadakan di
atas bot di tengah-tengah laut Galilee, utara Israel.
APAKAH HUBUNGKAIT TASIK GALILEE DENGAN UMAT ISLAM ?
Perhatikan pada ayat di bawah :
Sebuah hadis sahih yang diriwayatkan oleh Imam Muslim yang diterima dari Fathimah binti Qais dalam al-Fitan menyebut :
“Saya telah mendengar muazzin Rasulullah s.a.w memanggil untuk solat. Saya pun pergi ke masjid dan solat bersama Rasulullah s.a.w. Selesai solat, Rasulullah s.a.w naik ke atas mimbar. Nampak semacam bergurau Baginda tertawa dan berkata: “Jangan ada yang bergerak. Hendaklah semua duduk di atas sajadahnya.”
Kemudian berkata: “Tahukah kamu mengapa aku memerintahkan kamu jangan ada yang pulang?”
Kami menjawab: “Allah dan Rasul-Nya yang lebih tahu.”
Rasulullah s.a.w berkata lagi: “Demi Allah aku menyuruh kamu berkumpul di sini bukan ingin menakut-nakuti dan bukan memberi khabar gembira. Aku ingin menceritakan kepada kamu bahawa Tamim Ad-Dari adalah seorang Nasrani, kemudian dia datang menjumpai aku dan masuk Islam. Dia ada bercerita kepadaku tentang satu kisah tentang Dajjal."
"Kisah yang dia ceritakan itu sesuai dengan apa yang telah aku ceritakan kepada kamu sebelumnya. Katanya dia bersama 30 orang kawannya pergi ke laut dengan menaiki kapal. Angin kencang datang bertiup dan ombak besar membawa mereka ke tengah-tengah samudera yang luas. Mereka tidak dapat menghalakan kapalnya ke pantai sehingga terpaksa berada di atas laut selama satu bulan. Akhirnya mereka terdampar di sebuah pulau menjelang terbenamnya matahari. Di pulau yang tidak ditempati orang itu mereka berjumpa dengan binatang yang sangat tebal bulunya sehingga tidak nampak mana jantina dan duburnya."
Mereka bertanya kepada binatang itu: “Makhluk apa engkau ini?”
Binatang itu menjawab: “Saya adalah Al-Jassasah.”
Mereka tanya: “Apa itu Al-Jassasah?”
Binatang itu hanya menjawab: “Wahai kumpulan lelaki, pergilah kamu ke tempat ini untuk menjumpai lelaki macam ini, sesungguhnya dia pun ingin berjumpa dengan kamu. Mereka pun pergi ke tempat yang ditunjukkan oleh binatang itu."
Di sana mereka menjumpai seorang lelaki yang sangat besar dan tegap. Ertinya mereka tidak pernah melihat orang sebesar itu. Dari tangannya sampai ke tengkuknya dikuatkan dengan besi, begitu juga dari lututnya sampai ke telapak kakinya.
Mereka bertanya: “Siapakah anda?”
Orang seperti raksaksa itu menjawab: “Kamu telah mendengar cerita tentang aku. Sekarang aku pula ingin bertanya: “Siapa kamu ini?”
Mereka menjawab: “Kami adalah manusia berbangsa Arab. Kami pergi ke laut menaiki kapal, tiba-tiba datang ombak besar membawa kami ke tengah-tengah samudera luas dan kami berada di lautan selama satu bulan. Akhirnya kami terdampar di pulau yang tuan tempati ini."
“Pada mulanya kami berjumpa dengan binatang yang sangat tebal bulunya sehingga kami tidak dapat mengenali jantinanya. Kami tanya siapa dia katanya Al-Jassasah. Kami tanya apa maksudnya dia hanya menjawab: “Wahai kumpulan lelaki, pergilah kamu ke tempat ini untuk menjumpai lelaki macam ini, sesungguhnya dia pun ingin berjumpa dengan kamu.”
Itulah sebabnya kami datang ke tempat ini. Sekarang kami sudah berjumpa dengan tuan dan kami ingin tahu siapa tuan sebenarnya.”
Makhluk yang sangat besar itu belum menjawab soalan mereka terus sahaja mengemukakan soalan: “Ceritakan kamu kepadaku keadaan kebun kurma yang di Bisan itu,” (nama tempat di negeri Syam).
Mereka menjawab: “Keadaan apanya yang tuan maksudkan?”
Orang besar itu menjawab: “Maksudku apakah pokok kurma itu berbuah?”
Setelah mereka menjawab bahawa pokok kurma itu berbuah, orang besar tadi berkata: “Aku takut pokok itu tidak berbuah.”
Orang besar itu bertanya lagi: “Ceritakan kepadaku tentang sungai Tabarah@ tasik galilie.”
Mereka menjawab: “Tentang apanya yang tuan maksudkan?”
Lelaki itu menjawab: “Maksudku airnya apakah masih ada.” Mereka menjawab: “Airnya tidak susut.”
Lelaki itu berkata: “Air sungai itu disangsikan akan kering.”
Akhirnya lelaki seperti raksaksa itu berkata: “Kalau begitu ceritakan kepadaku tentang Nabi Al-Amin itu, apa yang dia buat?”
Mereka menjawab: “Dia telah berhijrah dari Makkah ke Madinah.”
Lelaki itu bertanya lagi: “Apakah dia diperangi oleh orang-orang Arab?” Mereka menjawab: “Ya, dia diperangi oleh orang-orang Arab.”
Lelaki itu bertanya lagi: “Kalau begitu apa pula tindakan dia terhadap mereka?” Mereka ceritakan bahawa Rasulullah s.a.w telah mengembangkan dakwahnya dan sudah ramai pengikutnya.
Orang besar itu berkata lagi: “Memang begitulah, padahal mereka beruntung jika taat kepadanya.”
Kata orang besar itu lagi: “Sekarang aku terangkan kepada kamu bahawa aku adalah Al-Masih Dajjal. Nanti aku akan diberi izin keluar, lalu aku pun akan menjelajah dunia ini. Dalam masa empat puluh malam sudah dapat aku jalani semua, kecuali Makkah dan Madinah yang aku tidak dapat memasukinya. Negeri Makkah dan Madinah dikawal oleh para Malaikat, maka aku tidak dapat menembusinya.”
Kata Tamim Al-Dariy lagi, “Rasulullah s.a.w menekankan tongkatnya di atas mimbar sambil berkata: “Inilah negeri yang tidak dapat dimasukinya itu, iaitu Madinah. Saudara-saudara sekalian apakah sudah aku sampaikan cerita ini kepada kamu?”
Mereka menjawab: “Ya, sudah ya Rasulullah.”
Rasulullah s.a.w berkata lagi: “Sememangnya hadis Tamim itu lebih meyakinkan saya lagi. Ceritanya itu bersesuaian dengan apa yang telah aku sampaikan kepada kamu sebelumnya, iaitu tentang Makkah dan Madinah yang dikatakan tidak dapat dimasuki Dajjal. Cuma dia ada mengatakan di lautan Syam atau di laut Yaman. Tidak, bahkan ia dari arah timur. Ia dari arah timur,” kata Rasulullah s.a.w sambil menunjuk ke arah timur. {3}
Perhatikan pada
ayat di atas yang telah dihitamkan. Sungai Tabrah yang disebutkan
itulah yang kini dikenali sebagai Tasik Galilee (juga disebut laut).
Keadaan 'paras air' di Tasik Galilee ini telah pun disebut-sebut pada
zaman Rasulullah SAW jika diperkirakan dari sudut hadith Tamim Ad-Dari
ini.
Lelaki itu berkata: “Air sungai itu disangsikan akan kering.”
Jelas sekali, Dajjal telah memberitahu kepada 'mereka'
bahawa dia (Dajjal) bimbang paras air di Sungai Tabarah (Tasik Galilee)
akan kering kerana berdasarkan apa yang telah dijanjikan, Dajjal akan
dibunuh oleh Isa Ibn Maryam (Nabi Isa as) yang akan turun setelah
keringnya air di tasik itu.
Tasik Galilee kini sedang mengering
dengan pantas. Sekiranya diperhitungkan keseluruhan fakta-fakta
saintifik yang diperolehi, diperkirakan dengan petunjuk-petunjuk Nabi
SAW menerusi hadith-hadith baginda, kita akan dapati bahawa semuanya
akan lengkap dalam tempoh 40 tahun saja lagi.
Sebelum kemunculan Imam Mahdi,
akan terlebih dahulu munculnya Panji Hitam Dari Timur. Jarak kemunculan
di antara Panji Hitam dan Imam mahdi adalah 72 bulan. Nu'aim bin Hammad
meriwayatkan dengan sanad daripada Muhammad bin Hanafiah dia berkata ;
"Akan muncul bendera hitam milik Bani Abbas (Bendera Syiah) kemudian akan muncul dari Khurasan bendera lain yang berwarna hitam,tutup kepala mereka hitam dan pakaian mereka putih..."hingga beliau berkata "Jarak antara kemunculannya dengan diserahkannya urusan kepada Al-Mahdi adalah 72 bulan."{6}
Ini bermakna, apabila "Panji Hitam" benar-benar memperlihatkan 'diri'nya
maka, umat Islam hanya ada 72 bulan sahaja sebelum menyaksikan
pengzahiran Imam Mahdi yang ditunggu-tunggu. Kemunculan Imam Mahdi bakal
disusuli dengan kemunculan Dajjal sebelum turunnya Nabi Isa as sebagai
One Man To Unite Them All. sumber dari blog: http://aku-macjay.blogspot.com
NOTA KAKI;
GK ingin menyampaikan seandainya apa yang GK paparkan ini benar maka kita hendaklah
Langsaikan hutang secepat mungkin,
GK ingin menyampaikan seandainya apa yang GK paparkan ini benar maka kita hendaklah
Langsaikan hutang secepat mungkin,
Minta maaf pada saudara2 dekat dan saudara2 jauh,
No comments :
Post a Comment
Seronok tak entry nie?Komen la sikit..。^◕‿◕^。