NAK TAU INFO KLIK SINI

Friday, April 13, 2012

KFC Thailand mohon maaf

Pengendali restoran makanan segera Kentucky Fried Chicken (KFC) Thailand mengeluarkan permohonan maaf selepas rakyat negara itu mengkritik satu mesej yang ditulis di laman sosial Facebook miliknya.
Mesej itu menggesa orang ramai supaya orang ramai pulang ke rumah dan memesan ayam KFC. Ia ditulis ketika orang ramai panik dan bergegas pulang berikutan berlaku dua gegaran di Aceh, Indonesia yang mencecah kekuatan 8.6 pada skala Richter semalam.
 Syarikat itu menulis mesej yang berbunyi: 
"Cepat pulang ke rumah dan ikuti perkembangan terkini berita gempa bumi dan jangan lupa untuk memesan menu KFC kegemaran anda."
Ia nyata mengundang komen-komen marah yang menyifatkan KFC Thailand tidak sensitif dan mementingkan diri sendiri. Mesej itu kemudian dibuang dan digantikan dengan permohonan maaf. - Agensi

NOTA KAKI :  Teringat lukisan kartun ultraman lawan ombak tsunami dan gurauan fizz fairuz dulu pasal tsunami...

2 comments :

  1. tersilap cara mempromosi la tu..hehehe..
    sib baik cepat bertindak, kalo tak mau kena pulau terus KFC tu..

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehehe kadang kala dari nak buat joke dah jadi benda sensitifkan...

      Delete

Seronok tak entry nie?Komen la sikit..。^◕‿◕^。

HASIL TANGAN GADIS KAMPUNG

Related Posts with Thumbnails

IKLAN JAP