NAK TAU INFO KLIK SINI

Thursday, May 17, 2012

NANU BAHARUDDIN BELA DAN CIUM ANJING


Gambar nie GK dapat dari wowberita.org..agak terkejut GK tengok gambar nie..ada 4 keping gambar dia..tapi GK download 3 keping saja untuk share di blog ini...kenapalah anjing yang dia pilih untuk jadi binatang peliharaan ...bukan tak boleh bela anjing tapi tak boleh jadi binatang peliharaan...kalau nak tengok gambar dia cium dan pegang anjing dia tengok bawah nie..
bangga giler boleh pegang anjing..
seronok ke tido dengan anjing tue..
anak-anak dia siap cium lagi anjing tue...

GK pun surf  kat internet cari fatwa pasal hukum bela anjing nie..dan ini yang GK jumpa..selamat membaca..
Hukum Membela Anjing Sebagai Binatang Peliharaan oleh (Mufti Sheikh Ahmad Kutty)

Anjing boleh dibela untuk tujuan-tujuan yang berikut:
1. Anjing yang dilatih (anjing terlatih) untuk kerja-kerja memburu. Harus diingat, Islam hanya membenarkan pemburuan untuk mendapatkan makanan; bukan memburu kerana sukan, suka-suka dan berseronok-seronok kerana Islam tidak membenarkan haiwan dibunuh atau diseksa atau diusir dari tempat yang lazim mereka tinggal, hanya untuk suka-suka.

2. Membela anjing terlatih sebagai jurupandu. Ini mungkin diperlukan oleh orang yang buta dan mungkin orang itu perlu memelihara anjing untuk memberi khidmat yang diperlukannya. Dalam hal itu, orang itu dibenarkan memelihara anjing di dalam rumah apabila anjing itu telah dilatih untuk menjalankan khidmat berkenaan, tetapi masih tetap disyorkan supaya anjing itu ditempatkan di tempatnya sendiri/secara berasingan daripada tuannya .

3. Anjing terlatih untuk kegunaan tugas-tugas kepolisian.

4. Anjing terlatih untuk menjaga rumah atau harta.

5. Anjing terlatih untuk digunakan oleh penternak/peladang untuk kerja-kerja menggembala kambing/lembu.

Bagaimanapun kita tidak dibenarkan memiliki/membela anjing sebagai binatang peliharaan oleh sebab anjing bukanlah binatang yang begitu bersih. Kita sendiri sering melihat bagaimana anjing menjilat-jilat najisnya sendiri. Tentulah menjijikkan kalau kita kemudiannya melihat tuan punya anjing berkenaan mencium mulut anjing tersebut setelah berlakunya insiden berkenaan seolah-olah tidak ada apa-apa perkara yang berlaku. Fikirkanlah berapa banyak kuman yang mungkin bersembunyi di dalam mulut mereka (mulut anjing dan mulut pemelihara yang mencium anjing itu).'
Nabi saw mengingatkan kita supaya tidak dicemari kotoran semacam itu apabila baginda memerintahkan supaya kita menghindari air liur anjing. Kalau ditakdirkan kita tersentuh juga dengan air liur anjing, maka kita dikehendaki menyamak tempat yang terkena air liur berkenaan dengan tujuh bilasan air dan basuhan yang pertama mestilah dengan pasir atau tanah. Juga, boleh menggunakan sabun anti bakteria sebagai ganti tanah atau pasir berkenaan.

2 comments :

  1. apa la dosa anjing tu diperlakukan sebegitu.. :)

    ReplyDelete
  2. diperlakukan..hhmm mmg ramai MELEIS ni dok kata anjing ni hina..bkn makhluk Allah,hu3

    ReplyDelete

Seronok tak entry nie?Komen la sikit..。^◕‿◕^。

HASIL TANGAN GADIS KAMPUNG

Related Posts with Thumbnails

IKLAN JAP