NAK TAU INFO KLIK SINI

Wednesday, July 18, 2012

SINOPSIS FILEM GANGSTER CELOP

Salam reader,

Wah makin hebat la HANIS zalikha sekarang dah berlakon filem..dapat watak utama gitu...
Filem nie arahan Ahmad Idham..bestnyer dia dah jadi pelakon..dah tu berlakon lak dengan syamsul yusof anak lelaki yusof haslam yang ensem tue la..
bagus la sama cantik sama padan bagai pinang tak boleh blah...hehehehe

Jom kita baca sikit sinopsis filem nie:
Gangster Celop mengisahkan dua orang bekas gangster iaitu Aman (Kamal Adli) dan Adam (Syamsul Yusof) yang baru selesai menjalani hukuman penjara selama lima tahun. Mereka bertekad untuk berubah dan menjadi insan yang lebih baik.Bagaimanapun, sebaik bebas, mereka dikehendaki menjaga Suzana (Hanis Zalikha) iaitu anak perempuan kepada Mat Jambu (Yus Raja Lawak),seorang ketua gangster yang pernah melindungi mereka dahulu. Suzana baru pulang dari luar negara untuk memulakan perniagaan di Malaysia.Disebabkan tugasan itu, semua menjadi huru-hara dan secara tidak langsung mereka terbabit dalam konflik tercetus antara Mat Jambu dan musuhnya, Man Cirit (Azad Jazmin) yang merupakan musuh tradisi untuk sekian lama. 
Pelakon Gangster Celop: Syamsul Yusof, Kamal Adli, Yus Jambu, Azad Jazmin, Reen Rahim serta blogger terkenal, Hanis Zalikha





3 comments :

Seronok tak entry nie?Komen la sikit..。^◕‿◕^。

HASIL TANGAN GADIS KAMPUNG

Related Posts with Thumbnails

IKLAN JAP