Alhamdulilah GK happy sangat arini..aidil baby GK pun dah sembuh...
mak GK pun dah tak de kencing manis(kembali normal), tekanan darah tinggi pun dah turun..masalah jantung pun dah kembali nak sembuh cuma bengkak sikit tapi air dalam paru-paru dah cair..
GK happy sangat..terima kasih ALLAH...
Tadi GK ternampak ada 2 soalan tanya apa itu GROWELL dan BIO-LAC..
Sejak GK tukar susu aidil guna susu Bio lac..alhamdulilah selera makan Aidil makan bertambah..pastu dia makin aktif..dia suka sungguh dengan susu tue..GK tengok sekrang dia dok angkat badan nak bangun berdiri dah..kalau dia boleh berjalan sebelum aidilfitri nie alhamdulilah la...sekarang umur aidil 10 bulan..berbalik pada soalan sue lynnda tue..apa itu bio-lac..mai dekat sikit GK nak citer..
BIO-LAC nie adalah rumusan DR.azizan..kalau korang penah dengan pasal set bersalin SALINDAH..
bio-lac nie dari company yang sama la..bio lac adalah keluaran bumiputra..pusat dia kat jitra kedah..pengedar era edar rasanya ada diseluruh negari termasuk brunei..kebaikan susu nie ialah:
Merupakan serbuk susu dari susu yang dipasteur, mengandungi kombinasi garam tisu Biokimia yang diformulasikan oleh Prof. Dr. Azizan Ismail. Susu nie sesuai diberi minum dari umur bayi 1 hari lagi sampai dia besar..
Keistimewaan tambahan garam tisu biokimia:
Keistimewaan tambahan garam tisu biokimia:
- Kesuburan, pertumbuhan dan pengembangan fizikal, emosi dan mental
- Kecergasan dan kecerdasan
- Mencegah gangguan kesihatan, demam, selesema, batuk dan ruam
- Menyihatkan kulit dan rambut, menguatkan tulang dan gigi
- Membuang bahan toksid dalam badan
- Membaiki penghadaman, pencernaan dan perkumuhan
- Mengurangkan ragam tangis dan memudahkan penjagaan
Kawan GK bagi anak dia minum susu nie..alhamdulilah berkat redha Ilahi anak dia dulu kerap demam,cirit birit,selsema selepas amal susu nie..penyakit-penyakit tue hilang..kalau dulu tiap-tiap bulan dia akan ambik cuti sebab anak dia sering tak sihat...
Growell pulak ialah makanan tambah untuk kanak-kanak..kalau sebelum nie GK bagi nestum tapi sekarang GK bagi dia minum GROWELL.growell nie sesuai dimakan dari umur bayi 3 bulan lagi..
Makanan bijirin beras dan melukut, ditambah garamtisu biokimia. Amat baik untuk bayi dan kanak-kanak berumur 3~ 12 bulan.
Keistimewaan
Keistimewaan
* Menolong penghadaman dan menambah selera
* Mengelakkan kembung perut, sembelit serta ragam tangis
* Menyenyakkan tidur
* Membantu membina darah, tulang dan gigi
* Menguatkan otot dan sendi
* Menghindari penyakit kulit
* Membantu perkembangan akal cerdas
NOTA KAKI:
Selagi mama dan babh mampu beri yang terbaik untuk Aidil mama dan babah akan korbankan janji Aidil sihat..rindunyer gelak dan senyuman aidil...
hehe tq GK
ReplyDeleteGK nak tanya satu lagi anak shila minum SNOW..ashraf dah 8 bulan la ni...shila bg dia susu SNOW dlm 5 oz sekali bancuh...nak letak growell dlm bp sudu ye GK?
kalau GK bancuh susu..2 sudu susu bio lac satu sudu growell air 150ml..
ReplyDeletenak tanya la GK beli growell n biolac ni kat mane ye?
ReplyDeleteada tak jual kat kedai-kedai mane2
boleh tak balas kat blog saye..
Assalam. sy jumpe growell ni kt farmacy dan ade jugak kt kiosk makanan halal. tak sabar nak bagi bby mkn. dh nak masuk 6bulan dh..huhu
DeleteGK bagi anak GK susu nie memang nampak kesanya..cth dia jarang nak demam..kalau demam pun takat sehari je..antibodi kuat..pemikiran tajam..senang menghafal..pintar dan cergas..alhamdulilah la..
ReplyDeleteassalam..
ReplyDeletesaya nk tnye, biasenye 1pek susu ni leh bertahan berapa lama ye..