Minggu lalu, kereta seorang wanita telah dicuri di tempat
yang sangat sibuk berhampiran Jaya Jusco di Mahkota Cheras, Kuala Lumpur.
Kejadian ini adalah sesuatu yang sangat bernilai untuk dikongsi bersama supaya
kita dapat mengurangkan peluang kepada pencuri kereta.
Selepas meletakkan keretanya di tepi jalan di luar Jusco,
wanita tersebut mendapati bahawa dia tidak berjaya untuk mengunci keretanya
dengan alat kawalan jauh (remote). Pada fikiran beliau alat kawalan jauh
tersebut telah kehabisan bateri atau rosak, lalu beliau hanya menggunakan kunci
biasa untuk mengunci keretanya secara manual.
Beliau kemudian pergi untuk membeli beberapa barangan
runcit dan kira-kira 30 minit kemudian apabila dia kembali ke tempat di mana
dia meletakkan kereta beliau, didapati keretanya telah hilang.
Kemudian di balai polis dan juga di agensi insurans,
beliau telah diberitahu bahawa terdapat beberapa sindiket mencuri kereta yang
menggunakan peranti elektronik 'klip'frekuensi alat kawalan jauh kereta (car
remote's frequency clipping). Alat ini boleh mengesan frekuensi remote kereta
semasa ia digunakan untuk mengunci kereta.
Kesan dari operasi 'clipping' oleh pencuri kereta ini
akan menyebabkan pemilik kenderaan tersebut tidak dapat mengunci kereta dengan
alat kawalan jauh.Jadi pemilik kereta akan menguncinya secara manual. Sebaik
sahaja pencuri ini memperolehi frekuensi alat kawalan jauh kereta anda, mereka
akan mencuri kereta apabila anda berada jauh dari kereta anda.
Pengajaran untuk masa depan apabila anda tidak dapat mengunci
kereta anda dengan alat kawalan jauh, kemungkinan tinggi bahawa seseorang
berdekatan telah mensasarkan kereta anda. Jadi anda dinasihatkan supaya tidak
meletak kenderaan di tempat tersebut dan beredarlah dari situ.
Sumber: facebook
No comments :
Post a Comment
Seronok tak entry nie?Komen la sikit..。^◕‿◕^。