NAK TAU INFO KLIK SINI

Monday, August 13, 2012

WAN JAMAK LETAK JAWATAN

Salam semua,
Wah nak dekat raya dah ye..lagi 5 hari lagi..
GK nak tanya korang minat bola sepak tak?
Kalau korang minat bole sepak mesti korang kenalkan dengan wan jamak wan hassan Ketua jurulatih kedah..
Tadi GK baca paper sinar harian, pengarang tue bagitau wan jamak mahu letak jawatan..
Tapi GK kesian kat dia..
Bila baca komen entry tue sedih la...ramai sangat yang komen rasa seronok bila wan jamak nak letak jawatan...tak baik la korang nie...
"Ketika dihubungi Sinar Harian, Wan Jamak berkata, beliau reda dengan apa yang berlaku namun pada masa sama berasa kesal berikutan masih banyak tugasan di Kedah gagal diselesaikan.
Menurutnya, banyak perancangan untuk membangunkan pasukan Kedah tidak dapat dilaksanakan disebabkan oleh prestasi semasa yang tidak konsisten dipamerkan oleh Kenari pada musim ini.
Kelmarin laman portal ESPN STAR.MY melaporkan Setiausaha Kehormat Persatuan Bola Sepak Kedah, Datuk Hamdan Mohamed Khaleb mengesahkan Wan Jamak telah pun meninggalkan kelab itu dengan cara baik.
Sebelum ini timbul spekulasi beliau telah dipecat selepas Kedah disingkirkan dari Liga Super.
Posisi tersebut diganti oleh jurulatih dari Croatia, Mario Tot bagi kempen Piala Malaysia pada 22 Ogos ini.- sinar harian"

No comments :

Post a Comment

Seronok tak entry nie?Komen la sikit..。^◕‿◕^。

HASIL TANGAN GADIS KAMPUNG

Related Posts with Thumbnails

IKLAN JAP