NAK TAU INFO KLIK SINI

Monday, August 13, 2012

WARGA EMAS DAPAT KERETA FORD FIESTA

Salam semua,
Best sungguh jadi makcik Mariam nie..dalam usia 7o tahun dia mampu memiliki sebuah kereta mewah ford fiesta..
Dia bukan menang cabutan bertuah ye..dan bukan juga dapat hadiah teka silang kata..oooo bukan..dan bukan..
Tapi dia dapat hadiah dari anak sulung dia..


“Alhamdulillah saya boleh melakukan urusan harian dan beribadat seperti biasa,” ujar beliau.
Kehidupan ibu tunggal ini boleh dikatakan lengkap serba-serbi.
Malah, mungkin ramai yang kagum melihat nenek kepada lapan orang cucu ini memandu sebuah kereta baharu yang sporty.
Kereta jenis Ford Fiesta berwarna merah berharga lebih RM80,000 itu merupakan pemberian anaknya pada awal tahun ini.
“Anak sulung bersungguh-sungguh minta saya datang ke rumahnya.
“Dia mengajak saya untuk makan tengah hari tetapi dia berikan kereta pula.
“Saya menangis dan berasa sangat bersyukur semasa dia memberikan kunci kereta itu kepada saya,” cerita Mariam yang ditemui di kediamannya di Bandar Mahkota Cheras, Kajang, Selangor.
Sebelum ini, Mariam menggunakan kereta Proton Wira sahaja.
“Ia memang selesa dan laju berbanding kereta sebelum ini. Jawatan sebagai Pengerusi Persatuan Ibu Tunggal Mutiara Kuala Lumpur memerlukan saya pergi ke beberapa tempat pada kadar segera.
Duniawi
“Selain itu, mudah untuk saya ke surau dan masjid bagi mengikuti kelas pengajian agama di sekitar Kuala Lumpur dan Selangor. Rasa seperti orang muda pun ada,” katanya ketawa.
Kru Jurnal sempat menaiki kereta bergear automatik itu sambil dipandu Mariam.
Ternyata, gaya pemanduan Mariam seperti orang muda yang dapat mengawal stereng dengan kemas. Adakalanya dia memecut melebihi 100 kilometer sejam menyebabkan penulis kecut perut".- kosmo

No comments :

Post a Comment

Seronok tak entry nie?Komen la sikit..。^◕‿◕^。

HASIL TANGAN GADIS KAMPUNG

Related Posts with Thumbnails

IKLAN JAP