IPOH - Kira-kira 20,000 pelatih peringkat sijil dan diploma di semua institusi latihan Kementerian Kesihatan akan menikmati kenaikan elaun antara 60 dan 88 peratus mulai tahun depan.
Menteri Kesihatan, Datuk Seri Liow Tiong Lai berkata, pelatih peringkat sijil akan menerima RM835 sebulan berbanding RM517 sekarang, manakala pelatih peringkat diploma pula menerima RM1,166.58 berbanding RM621.21.
"Kenaikan kadar elaun itu yang diumum Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dalam Belanjawan 2013 membuktikan kerajaan sangat prihatin dengan beban kos sara hidup yang ditanggung pelatih," katanya kepada pemberita selepas merasmikan konvokesyen Institut Latihan Kementerian Kesihatan di sini semalam.
Selain itu, kata Tiong Lai, kementerian juga akan mewujudkan 12,000 jawatan baharu jururawat bagi tempoh 2012 hingga 2015 untuk meningkatkan perkhidmatan kejururawatan selain menampung keperluan klinik dan hospital baharu.
Tuesday, October 16, 2012
ELAUN JURURAWAT NAIK LAGI
GK nak pesan untuk semua adik-adik yang masih belajar tue andai korang tak tau nak pilih jurusan apa untuk sambung belajar nanti..GK suggest korang sambung dalam bidang perubatan..kalau tak dapat jadi doktor jadi nurse pun ok..gaji dah stabil..setakat nak sambar vios sebiji tu untuk staff nurse memang mampu sangat-sangat..bukan takat tue je..korang tak payah pening pala nak bayar balik PTPTN atau pinjaman MARA seandainya korang graduate nanti tak dapat 3.5 above ok..pahala pun dapat sebab kita berbakti dengan masyarakat...
No comments :
Post a Comment
Seronok tak entry nie?Komen la sikit..。^◕‿◕^。