NAK TAU INFO KLIK SINI

Wednesday, October 10, 2012

JUARA MAKAN LIPAS MAUT DITEMPAT PERTANDINGAN

DEERFIELD BEACH: Pemenang pertandingan makan lipas mati selepas memuntahkan berpuluh-puluh serangga itu dan cacing yang masih hidup.
Edward Archbold jatuh sakit dan pengsan di sebuah kedai haiwan, tempat pertandingan diadakan. 
Rakaman video menunjukkan Archbold menyumbat masuk lipas ke dalam mulutnya, tidak lama sebelum dia meninggal dunia. Lelaki berusia 32 tahun itu memenangi hadiah seekor ular sawa. Dia merancang menjual haiwan itu kepada seorang rakan. Seramai 30 lagi peserta menyertai pertandingan berkenaan di Deerfield Beach, Florida. Bagaimanapun, tidak seorang pun sakit selepas itu.
Penganjur pertandingan, Ben Siegel berkata: “Kami berasa begitu sedih. Dia kelihatan seperti ingin menunjuk-nunjuk. Tetapi dia lelaki baik.”Menurut Siegel, Archbold tidak menunjukkan tandasakit sebelum pertandingan. Michael Adams, Profesor Entomology di Universiti California, Riverside, berkata, dia tidak pernah mendengar orang mati selepas memakan lipas.
“Kecuali lipas berkenaan tercemar bakteria atau patogen lain, saya tidak fikir lipas tidak selamat dimakan.
“Memang ada orang yang alah kepada lipas. Tetapi lipas atau serangga yang ada kaitan dengannya tidak ada toksin,” kata Adams. Pegawai kini menanti keputusan bedah siasat untuk menentukan punca kematian Archbold. - DM


JOM TENGOK VIDEO EDWARD MAKAN LIPAS SAMPAI MATI:





post signature

4 comments :

  1. seronok gak gayenye makan lipas........ janji difollowiiiiiiiiii........

    ReplyDelete
  2. tercemar atau tidak lipas mmg la aku tak makan ;o)

    kumanx.blogspot.com

    ReplyDelete
  3. Banyak juga orang kat dunia nie xda kerja kan?sampai makan lipas pown boleh buat pertandingan...hadiah pulak ular sawa..haa..elok bebenorla..bg jer ular tu pulak makan dia..hurm..

    ReplyDelete
  4. erk...pelik-pelik sungguh diaorang ni...

    ReplyDelete

Seronok tak entry nie?Komen la sikit..。^◕‿◕^。

HASIL TANGAN GADIS KAMPUNG

Related Posts with Thumbnails

IKLAN JAP