Timbalan Menteri Pelajaran, Dr. Mohd. Puad Zarkashi berkata, langkah
tersebut adalah usaha bagi meningkatkan kualiti guru selari dengan Pelan
Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025.
Sebelum ini, katanya, lepasan SPM yang ingin menjadi guru perlu memohon
untuk menduduki ujian kelayakan khas atau M-Test dan akan
dipanggil untuk temuduga selepas lulus itu.
Bagaimanapun mulai tahun ini, permohonan untuk mengambil ujian M-Test
adalah terbuka kepada semua pelajar SPM pada hari terakhir peperiksaan, katanya
kepada pemberita di sini hari ini.
Beliau berkata apabila keputusan peperiksaan SPM keluar nanti, kursus itu
akan tawarkan kepada 30 peratus pelajar yang memperoleh keputusan terbaik. — BERNAMA
No comments :
Post a Comment
Seronok tak entry nie?Komen la sikit..。^◕‿◕^。