Dahulunya
Ustaz seorang gitaris dalam satu kumpulan band muzik sekitar Kuala Terengganu
“band boy”. Dan sempat membuat beberapa persembahan di stadium-stadium. Setelah
kumpulan muziknya mengambil keputusan untuk buat rakaman, Ustaz menarik diri
kerana tujuanya hanya suka-suka sahaja menyertai kumpulan muzik bukannya untuk
mencari glamor.
Ustaz yang
aktif bersukan dan pernah mewakili Terengganu dalam acara berbasikal pada tahun
1980an. Dan menjadi rutin kelapangan masa waktu malam, Ustaz akan berbasikal
meronda sekitar Bandar Kuala Terengganu bersama-sama kawan-kawan. Dan ada juga
yang meminta Ustaz untuk merasmikan program berbasikal.
Ustaz Azhar
pernah bekerja dengan Utusan Malaysia cawangan Kuala Terengganu sebagai artis
grafik. Selepas berkahwin seminggu pada tahun 1990, Ustaz mengambil keputusan
berhenti kerja dan bekerja sebagai mencanting batik dan ketika inilah beliau
memperlajari bidang ilmu agama secara bersungguh-sungguh. Tiada alasan baginya
hujan dan ribut. Beliau yang pergi mencari guru-guru agama dan belajar dirumah
guru berkenaan.
-Pernah menjadi seorang guru muzik pada tahun 1985
-Mulai belajar agama sekitar tahun 1990.
-Belajar secara talaqqi lebih kurang dengan lapan orang guru dalam tempoh 12 tahun.
-Antara guru beliau ialah Tuan Guru Haji Muhammad Zin Pondok Lubuk Pandan Wakaf Tapai, juga pernah berguru dengan ustaz hakim yang berbelas tahun di pattani mengaji ilmu.

Perubahan
diri Ustaz kearah menjadi seorang yang bersungguh belajar agama kerana kawan
baiknya seorang ketua “Punk” menghilang diri selama 5 tahun dan apabila muncul
kembali kawannya ini satu perubahan yang amat ketara daripada pemakaian dan
tingkahlakunya. Tahulah Ustaz bahawa kawannya ini belajar di Patani. Apabila
melihat kehebatan kawannya ini, timbul rasa ingin menjadi sepertinya juga.-sumber beritaHangat.com
UAI ustaz paling sempoi kt m'sia ni kan :)
ReplyDelete