NAK TAU INFO KLIK SINI

Tuesday, October 30, 2012

SKUTER SYM JET POWER 125 HADIAH DARI SUAMIKU

Entah apa yang mempengaruhi fikiran suamiku tahun nie, dia bersungguh-sungguh ingin hadiahkan ku sebuah skuter..10.10 yang lalu adalah tarikh anniversary kami yang ke-tiga..alhamdulilah dengan kehadiran si kecik yang comel lagi suka tersenyum dah buat aku rasa bahagia sangat hidup sebagai seorang wanita dan menjadi ibu kepada MUHHAMAD AIDIL ZHAFRAN..

Sebenarnya aku tak berapa beriya-iya nakkan skuter nie sebab aku dah ada Saga BLM aku sendiri.
Nak kemana-mana kereta tue la aku akan pandu..alhamdulilah kereta tue pun dah genap 3 tahun aku beli..masih elok dalam jagaanku..Tapi dah orang nak bagi aku terima je la..tima kasih sayang..

Sejak aku dapat skuter JET POWER 125 nie aku dah malas nak drive kereta ke tempat keje..memang best rupanya naik skuter nie..masa nak tolak tue rasa berat juga..tapi bila dah tunggang tak berat pun..best sangat...pecut 90km/j pun tak rasa laju pun...best la..

Pada mulanya suami aku nak belikan warna merah hitam sebab nampak smart dan cantik dipandang tapi bila hari nak booking tue motor color merah hitam dah habis kena tunggu 2 minggu juga..jadi kami decide ambik je la color biru hitam ok je cun juga..warna kuning hitam pun cantik juga tapi tue la menyerlah sangat..

Motor nie memang sesuai untuk remaja nampak stylo la bila korang tunggang..cc untuk motor nie 125 walaupun sebenarnya hanya 124.6cc je..tapi ok laju je bila tunggang tapi tak selaju sym VTS200 la..
Motor nie sebenarnya baru je dipasaran bulan Julai 2012..kira kalau atas jalan tak banyak lagi la orang guna..harganya pun dalam sekitar RM4600++..

Bahagian yang paling aku suka pasal motor ni ialah bahagian belakang dia..
Walaupun ada orang kata pelik tapi aku suka tengok sebab lain dari yang lain..

Apa-apa pun aku bangga naik motor skuter nie sebab seumur hidup aku nie kali pertama aku naik skuter dan ada skuter sendiri..huhuhu rasa bahagianya...dah la skuter free..cuma bubuh minyak je..servis ditanggung encik suami..
post signature

13 comments :

  1. wah lawa gak skuter ni yg penting wane biru :D

    ReplyDelete
  2. ai pun baru je booking satu warna kuning..tp kawan kata x elok motor ni betul ke..mula2 nak amik honda spacy...tp dh siap dinsurankan jd dh x leh cancel...jadi naik je la motor ni

    ReplyDelete
  3. ai pun baru je booking motor ni warna kunig..mula2 nak amik spacy tptauke kedai ckp motor ni ok gak..jd booking la motor ni..balik rumah tnya kwn kata x ok..jadi call balik kedai tp dia dh insurankan motor ni..betul ke x ok ek..guna je la..tgk mcm mana kan..tp body lebih cantik dr spacy

    ReplyDelete
  4. Gk naik motor best je..myk pn jimat..jiran gk pn turut beli skuter ni utk ank lelaki dia..dia bli warna kuning

    ReplyDelete
  5. assalamualaikum, saya baru nak beli motor ni.. mcm mna? stakat ni guna ok tak? mungkin boleh bagi pendapat sikit.. :)hehe. terima kasih.

    ReplyDelete
  6. Assalamualaikum, saya baru nak beli motor ni.. jadi, nak mintak pendapat sikit.. stakat ni guna motor ni ok tak? :) terima kasih..

    ReplyDelete
  7. setakat sekarang GK guna ok je..dah 3 kali servis tukar minyak hitam...GK bawa slow je..takat 80km/j motor tak penah lg buat hal..alhamdulilah la

    ReplyDelete
  8. ok kan motor ni?mana2 motor sama je.yg penting pandai jaga.hehe.gua otw nk amik skuter ni.

    ReplyDelete
  9. saya pn plan nak beli.mmg minat skuter..cuma takut kualiti dia tak seperti skuter jepun. cmne dgn spare part dia. senang n murah ke?apa pendapat GK?

    ReplyDelete
  10. salam...saya pun tgh survey2 nk beli moto skuter...baru blaja bawak moto & g kursus amali JPj last week. time kasih for your info. tetiba bkenan plak kt jet power nih. sesuai sgt utk pompuan cm kita bawak.heheh

    ReplyDelete
  11. hi! saya skrg tgh survey2 nk beli scooter, maklumlaaa baru pandai bwk moto.tetiba singgah kt blog ni, terus bkenan kt jet power. g kedai motor smalam xbkenan pun.hihih....thanx for your info!

    ReplyDelete
  12. Terima Kasih kerana sharing good experience dengan kawan2.. Incase need more info about SYM Motor, boleh ke facebook kami dan PM kami terus utk ape2 info yang anda mahu.
    https://www.facebook.com/pages/SYM-Malaysia-Engine-of-Life/316412985166062

    ReplyDelete

Seronok tak entry nie?Komen la sikit..。^◕‿◕^。

HASIL TANGAN GADIS KAMPUNG

Related Posts with Thumbnails

IKLAN JAP