NAK TAU INFO KLIK SINI

Tuesday, December 4, 2012

PADAH BERKHALWAT DENGAN ISTERI ORANG KETUA PENGARAH KESIHATAN DITURUNKAN PANGKAT

Sebelum ini, rakyat Malaysia telah dikejutkan dengan penangkapan khalwat ketua pengarah kesihatan malaysia Dato Hassan Abdul Rahman 56 tahun, dengan pasanganya Wan Syarifah Nooraazmanita Wan Hassan 36 tahun, Jururawat Gred U41 masih bergelar isteri orang di sebuah hotel di putrajaya..mereka telah mengaku bersalah diatas tuduhan itu dan dikenakan denda sebanyak masing-masing didenda RM3,000 dan RM2,900 oleh Mahkamah Tinggi Syariah setelah mengaku bersalah atas tuduhan berkhalwat di sebuah bilik di Hotel Pullman, Putrajaya.

Ketua Pengarah Kesihatan, Hasan Abdul Rahman yang digantung kerja ekoran kes khalwat baru-baru ini diturunkan pangkat ke satu gred yang lebih rendah daripada jawatan yang disandang sekarang.
Pengerusi Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) Mahmood Adam berkata  keputusan itu dicapai dalam mesyuarat SPA yang diadakan hari ini.
Mahmood dalam kenyataannya berkata tindakan tatatertib terhadap Dr Hasan yang merupakan Pegawai Perubatan Gred Utama Turus II, Kementerian Kesihatan itu dibuat mengikut Peraturan 33(1), Peraturan-peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib) 1993. 
Pada 26 Nov lepas, SPA memutuskan Hasan digantung kerja sehingga keputusan tatatertib diputuskan dalam mesyuarat hari ini.SPA juga memutuskan agar Wan Syarifah Nooraazmanita Wan Hassan, Jururawat Gred U41, Kementerian Kesihatan dikenakan tindakan turun tiga pergerakan gaji bagi tempoh 12 bulan.
post signature

2 comments :

Seronok tak entry nie?Komen la sikit..。^◕‿◕^。

HASIL TANGAN GADIS KAMPUNG

Related Posts with Thumbnails

IKLAN JAP