NAK TAU INFO KLIK SINI

Monday, March 11, 2013

ASKAR DAN POLIS NAIK GAJI LAGI


PUTRAJAYA – Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mengumumkan bahawa kerajaan bersetuju supaya pangkat-pangkat dalam perkhidmatan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dan Polis Diraja Malaysia (PDRM) disetarakan dengan Perkhidmatan Awam Am selaras perubahan lapisan gred jawatan atau gred gaji berkuatkuasa 1 Jan 2013.
Beliau berkata ia mencakupi skop fungsi tugas, struktur pangkat dan juga kelayakan bagi skim perkhidmatan ATM dan PDRM.
“Sebagai contoh, Koperal dalam ATM dan PDRM yang dahulunya dalam kelompok gred jawatan atau gred gaji 17 disetarakan dengan gred jawatan atau gred gaji 22 Perkhidmatan Awam. Sarjan yang dulu dalam kelompok gred jawatan 27 disetarakan dengan gred jawatan 29 Perkhidmatan Awam Am,” katanya ketika berucap pada Majlis Perdana Perkhidmatan Awam ke-13 di sini.
Sementara itu, bagi jawatan Kapten ATM dan Penolong Penguasa Polis yang dahulunya dalam kelompok gred jawatan 41 disetarakan dengan gred jawatan 44.
Untuk jawatan Mejar ATM dan Timbalan Penguasa Polis yang dahulunya dalam kelompok gred jawatan 41, diletakkan dengan gred jawatan baru iaitu 46A sementara Kolonel ATM dan Penolong Pesuruhjaya Polis dalam kelompok gred jawatan 48 disetarakan dengan gred 52.
“Sesungguhnya kesetaraan ini dibuat bagi memastikan kedudukan ketiga-tiga perkhidmatan iaitu ATM, PDRM dan Perkhidmatan Awam Am sentiasa terpelihara di samping mengekalkan keharmonian antara perkhidmatan,” katanya. – BERNAMA


post signature

3 comments :

  1. keje bermatia2an tp gaji sikit pun tak blh jgk.

    ReplyDelete
  2. Yg disebut kpl,sjn, dan semua pegawai berpangkat tinggi tapi bagaimana dengan anggota pangkat rendah spt prebet,konstabel,lans koperal...anggota pangkat rendah ni la yg menjalankan tugas siang malam..kalau lans koperal polis diberi gred n20,ini bermakna gaji yg lebih rendah drpd yg diterima sekarang..siapa yg untung sebenarnya ni..siapa yg kata kpl gred n17,utk makluman kpl dlm polis sebelum dh brada di gred n22..lans koperal sebelum ni di gred yg lebih tinggi dr n20...fikir fikirkan...

    Kecewa...
    Drpd : anak lans koperal

    ReplyDelete
  3. memang patut diorang dapat naik gaji

    ReplyDelete

Seronok tak entry nie?Komen la sikit..。^◕‿◕^。

HASIL TANGAN GADIS KAMPUNG

Related Posts with Thumbnails

IKLAN JAP