NAK TAU INFO KLIK SINI

Monday, March 11, 2013

UZTAZ AZHAR IDRUS BERLAKUN FILEM

Berita gembira kepada semua peminat UAI termasuk GK..ustaz azhar idrus yang dikenali dengan ceramah yang penuh gelak tawa tapi berinformasi tue akan berlakon dalam filem ‘Mung Tunggu Aku Datang’ arahan Piere Andre..


Kisahnya, Pierre telah membuat pengumuman nama Ustaz Azhar Idrus (UAI) sebagai salah seorang pelakon dalam filem MIG Production iaitu ‘Mung Tunggu Aku Datang’.
Namun, UAI mendedahkan dia tidak memberi kata putus lagi sama ada ingin berlakon atau tidak di dalam filem berkenaan.
Menjelaskan situasi tersebut, Pierre atau nama sebenarnya, Mohd Pierre Andre Nazrul Andre berkata, dia dan pihak MIG Production (MIG) sememangnya sudah melamar UAI untuk menjayakan watak ustaz dalam filem berkenaan.
Bagaimanapun, sehingga kini, belum ada sebarang kata putus dari UAI, biarpun dia kelihatan berminat untuk turut serta dalam filem tersebut.
“Saya bukannya mencipta kontroversi murahan, menjual nama Ustaz Azhar Idrus. Sebaliknya saya memang sudah menyampaikan hasrat kepada beliau dan dalam perbincangan tersebut, beliau nampak senang dengan jalan cerita tersebut.
“Justeru, saya berharap ALLAH SWT permudahkan urusan saya kerana filem ini adalah filem dakwah dan ustaz juga dapat turut serta dalam filem ini,” katanya yang dipetik dari Sinar Harian, hari ini.
Dalam pada itu, menyentuh mengenai hala tuju kariernya selepas ini, Pierre berkata, dakwah akan menjadi keutamaannya selepas ini. Namun dalam pada masa sama, dia akan aktif dalam bidang seni.
“Bukan tidak sayang karier, tapi dakwah itu lagi penting.
“Bagaimanapun, saya akan membahagikan masa sebaik mungkin tanpa mengabaikan karier saya,” jelasnya.

post signature

3 comments :

  1. filem yg mengajak ke arah kebaikan ok la kan.

    ReplyDelete
  2. mesti ramai2 peminat uai serbu panggung kan? huhu

    ReplyDelete
  3. Camne la sinopsis citernya tu..hee.. Xsabo nk tgk..

    ReplyDelete

Seronok tak entry nie?Komen la sikit..。^◕‿◕^。

HASIL TANGAN GADIS KAMPUNG

Related Posts with Thumbnails

IKLAN JAP