NAK TAU INFO KLIK SINI

Friday, December 13, 2013

EMMA MAEMBONG SUDAH MEMAKAI TUDUNG

Pertama kali GK melihat emma maembong di kaca television..masa tue dah terdetik dalam hati kecik GK budak nie memang cantik..walaupun dia hanya pelakon tambahan tapi kerana kejelitaan dia menyebabkan kehadiran dia di dalam drama tue menyerlah..budak nie boleh menyerlah dalam industri hiburan nie...
Terbaru GK terlihat gambar emma maembong dalam blog Roti Kaya..emma dah mula pakai tudung..cute sungguh budak emma nie..

Kehadiran pelakon Emma Maembong dengan imej bertudung di program hiburan TV MeleTOPkelmarin mengundang persoalan di kalangan peminat sama ada beliau sudah benar benar berhijrah ke penampilan yang lebih Islamik.
Ianya dikuatkan lagi dengan beberapa gambar terkini Emma Maembong di Instagram yang turut menunjukkan pelakon ini manis mengenakan hijab.
“Memang sudah lama saya tanam niat, tapi niat saja kalau tak buat tak guna juga. Sekarang saya dalam proses belajar-belajar untuk bertudung penuh. Tapi kena perlahan-lahanlah,” ujar Emma Maembong kepada Harian Metro hari ini.
Menurut beliau lagi dek kerana sering mengenakan tudung untuk menjayakan watak dalam drama bersiri Projek Memikat Suami (PMS) dan Yes Boss!, beliau merasa semakin selesa untuk mengenakan tudung lebih kerap.
“Lagipun menutup aurat adalah tuntutan pada setiap wanita Muslim. Sama ada sekarang atau lambat-laun saya tetap akan bertudung juga,” tambahnya lagi.- 
post signature

3 comments :

  1. Syukurlah.. semakin ramai artis yg berhijrah memakai hijab. Alhamdullilah..

    ReplyDelete
  2. semoga berkekalan...akhlak pun kena jaga

    ReplyDelete

Seronok tak entry nie?Komen la sikit..。^◕‿◕^。

HASIL TANGAN GADIS KAMPUNG

Related Posts with Thumbnails

IKLAN JAP