Sejak kebelakangan ini timbul satu minat yang agak keperempuanan iaitu menanam pokok bunga..
asalnya GK hanya teman member opis pi nursery pokok pasal dia nak hias rumah dia dengan pokok bunga...dia ni minat pokok hiasan seperti pokok bunga kertas, pokok bucida, pokok lidah jin, pokok palma dan seangkatan dengannya..
GK lak suka pokok yang ada bunga...masa pi nursery kat kangar jalan nak ke stadium utama kangar tu..lori baru sampai..banyak sungguh pokok bunga rose pelbagai warna yang ada..apa lagi GK pun dah jadi kelam mata...GK pilih la yang GK suka..
Ini pokok bunga rose kuning...bunga dia tak la kembang besar pun..sedang-sedang je...
Nak jaga pun mudah je...seminggu sekali bubuh baja..masa basuh beras tu air beras jirus kat pokok bunga nie...ni petua mak GK bagi...
Bunga rose kuning ni GK beli sepasu RM10..kebetulan masa beli pokok bunga rose ni ada 2 pokok yang boleh dipisahkan..maka GK dapat 2 pasu pokok rose kuning...yeeeeaaah best sangat...jimat ooo...
Yang bestnyer bunga rose kuning ni kat tepi dia ada macam highlight warna oren...kira ada 2 tone la...
Ini pulak pokok bunga daisy...masa pi mula-mula tu GK tak mau beli lagi bunga nie sebab payah jaga...tapi bila balik rumah dok terbayang lak bunga tu kalau letak kat sudut tepi rumah macam cantik juga...
Alhamdulilah bunga ni tahan 2 minggu
Selepas 2 minggu GK kerat batang tu untuk naik tunas yang baru...
GK beli dua color untuk bunga daisy nie...nursery tu jual sepasu daisy RM10 je...
Ini pulak rose batik atau dikenali sebagai ROSE DELIGHT...GK beli sepasu RM12...
Ramai juga yang berkenan dengan rose ni..ada siap tempah naik batang bila dah besar nanti...
Hai gadis kampung...Rose delight 2 cntik la..gadis x jual ke???
ReplyDeleteCantekkk nye bunge rose delight....
ReplyDeleteJeles nye