NAK TAU INFO KLIK SINI

Monday, April 21, 2014

TAYAR PESAWAT MH192 TERBAKAR

Selepas kejadian MH370 yang hilang dan masih tak ditemui lagi..MAS menjadi tumpuan masyarakat baik dalam negera mahupun luar negara..

Terbaru negara digemparkan dengan pesawat MH910 terpaksa mendarat cemas di KLIA gara-gara masalah kerosakan gear selepas tayarnya terbakar. 

GK nak ucapkan syabas pada pilot MAS yang cekap mengawal pesawat dan dapat mendarat dengan selamat..

Pesawat MH910 ini merupakan pesawat  Malaysia Airlines (MAS) MH192 dalam perjalanan ke Bangalore, India. 

"Kawalan Udara Trafik Kuala Lumpur memberi amaran kepada kapten juruterbang selepas serpihan tayar ditemui di landasan.

Pemangku Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Hishammuddin Hussein memberikan reaksi kelegaan berhubung insiden tersebut.

"Semua penumpang selamat, Alhamdullilah apa pun saya kini bersiap-siap untuk turun ke (KLIA)," katanya di akaun Twitter @HishammuddinH20.

Pesawat MH192 jenis B737-800 berlepas dari KLIA pada 10.09 malam dan sepatutnya mendarat di Bangalore kira-kira jam 11.32 malam pada hari sama. MAS melakukan penjadualan semula penerbangan itu yang akan berlepas dari KLIA pada 3.30 petang ini dan dijangka sampai ke Bangalore pada jam 5 petang hari ini.

Pesawat MH192 kelihatan di KLIA apabila berjaya mendarat dengan selamat awal pagi tadi selepas terpaksa berlegar-legar di ruang udara sebelum melakukan pendaratan kecemasan.



NOTA KAKI:
1) Pesawat MH066 yang terbang dari Kuala Lumpur ke Incheon, Korea Selatan terpaksa membuat lencongan ke Hong kong disebabkan masalah generator tidak berfungsi.

2) Tiga hari sebelum itu, pesawat MH114 dari Kuala Lumpur ke Kathmandu terlanggar sekumpulan burung ketika berada berhampiran dengan Lapangan Terbang Antarabangsa Tribhuvan.

post signature

No comments :

Post a Comment

Seronok tak entry nie?Komen la sikit..。^◕‿◕^。

HASIL TANGAN GADIS KAMPUNG

Related Posts with Thumbnails

IKLAN JAP