NAK TAU INFO KLIK SINI

Wednesday, May 28, 2014

KEPUTUSAN SUKMA XVII PERLIS TERKINI

Selamat datang GK ucapkan kepada semua kontinjen- kontinjen dari seluruh negara termasuk Brunei darul salam...
Sekarang tengah rancak berlangsung acara SUKMA di perlis dan akan berakhir pada 4 JUN 2014.

Berikut adalah keputusan semasa SUKMA untuk pagi ini 28hb MEI 2014...

PUNGUTAN PINGAT SUKMA XVII PERLIS 2014
KONTINJEN
EMAS
PERAK
GANGSA
JUMLAH PINGAT
   Terengganu
18
12
8
38
10
3
5
18
7
11
9
27
   Johor
5
7
8
20
   Pahang
4
10
9
23
   Selangor
4
1
17
22
   Sabah
3
2
13
18
   Sarawak
3
1
6
10
   Perak
2
2
4
8
   Kedah
1
3
7
11
1
2
3
6
   Perlis
0
3
18
21
   Melaka
0
1
5
6
   Kelantan
0
1
0
1
1
0
0
1
         Jumlah Keseluruhan
59
59
112
230

Terangganu mendahului keputusan untuk seketika...Singa Utara ayuh bangun....cepat mengaum...jangan tumpas di tanah sendiri....buat masa sekarang
PERLIS belum mendapatkan lagi sebarang pingat emas....malu juga kat brunei sebab dah ada satu pingat emas dari acara karatedo...

ARAU (27 Mei 2014) - ATLET Karatedo Brunei, Md Izzuddin Irfan Md Faizal membuat kejutan manis apabila menghadiahkan pingat emas pertama Brunei pada temasya Sukan Malaysia Perlis 2014 (SUKMA XVII) di Pusat Matrikulasi Arau, hari ini.
Md Izzuddin, 19, membuat kejutan dalam acara Kumite Individu lebih 84kg apabila mencatat kemenangan menyakinkan 9-2 dalam perlawanan akhir ketika menewaskan peserta Johor Julius Goh.
Pada separuh akhir, Izzuddin menewaskan P Navin dari Negeri Sembilan manakala Julius menundukkan peserta Wilayah Persekutuan, V Devaraj, yang masing-masing memenangi pingat gangsa.
Ia adalah emas pertama Brunei dari sukan karatedo pada temasya Sukma, dan hadir pada hari terakhir pertandingan itu menerusi atlet yang pertama kali beraksi dalam SUKMA.
"Memang terkejut dan bersyukur dengan kemenangan dan pingat emas pertama untuk Brunei ini. Rasa sunggguh hebat dan saya mengucapkan terima kasih kepada keluarga di Belait dan rakan-rakan setugas di Coffee Beans, yang banyak memberi sokongan," kata penuntut O-Level yang bercita-cita menjadi juruterbang itu.
Hanya menceburi sukan karatedo pada 2011 di tempat kelahirannya di Belait, Izzuddin yang sekadar menyertai kejohanan tempatan dilihat berpotensi untuk pergi jauh lalu diserapkan dalam skuad SUKMA Brunei sejak tiga bulan lalu.
Menurutnya, nasihat jurulatih Suffian Abdullah supaya melakukan serangan dari kiri dan kanan lawan yang begitu defensif membuahkan hasil apabila satu sepakannya memberikan 3 mata, seterusnya menyuntik semangat Izzuddin untuk terus menambah mata.
"Sejak awal, saya memerhatikan lawan di pertandingan ini hebat-hebat belaka. Memang gementar tetapi saya hadir dengan semangat yang tinggi. Saya berharap emas ini akan menyuntik semangat rakan-rakan atlet Brunei lain untuk cuba menambah pingat emas," katanya.

post signature

No comments :

Post a Comment

Seronok tak entry nie?Komen la sikit..。^◕‿◕^。

HASIL TANGAN GADIS KAMPUNG

Related Posts with Thumbnails

IKLAN JAP