NAK TAU INFO KLIK SINI

Wednesday, June 25, 2014

JOM CUCI HATI DAN SUCI DIRI

Ramadan dah tak berapa hari lagi..kalau kita puasa 29hb jun 2014 ini maka Ramadan hanya lagi 4 hari bakal menjelma..selamat tinggal Syaaban dan Selamat datang Ramadhan..kami menantimu dengan hati yang terbuka...

Sejak akhir-akhir ni bila buka facebook dan blogwalking banyak sungguh cerita sensasi dan fitnah yang berlegar di alam maya ni...

Kadang kala terpikir juga di minda ni...apa sebenarnya yang blogger-blogger ini mahu...adakah semata-mata mahu mengaut keuntungan dengan menulis dan republish cerita-cerita sensasi ini...

Mereka menerbitkan cerita tanpa menkaji kesahihan fakta seperti cerita adik firdaus yang oku yang di"kurung" oleh ibu di flat kediaman mereka...adakah benar dia dikurung?adakah benar ibu sekejam itu?
hanya dengan beberapa keping gambar..terus kita menghukum si ibu ini...

Mereka menulis seperti mereka yang berada ditempat kejadian...umpama macam mereka lebih mengenali si polan dan si polan...
Mereka menghentam seperti diri mereka yang perfect...

Bila ada artis memberi pendapat...turut dimarahi dan dikata menghentam kerajaan...erm...tak paham betul la...dia sekadar berkongsi kesedihan dan memberitahu apa yang kita tidak tahu bahawa di negara luar golongan oku diberi layanan yang macam mana...ini untuk kita semua tak kira la masyakat atau kerajaan sam-sama memikirkan cara untuk memberi layanan terbaik untuk golongan seperti ini...mungkin lebih baik dari apa lagi kita beri sekarang...kerajaan kita memang dah menyediakan peruntukan untuk golongan ini cuma untuk menaiktaraf ke arah lebih baik itu saja pendapat beliau...

Nasihat saya sebelum Ramadan menjelma jom la kita bersihkan diri kita...saya pun banyak melakukan dosa...saya mohon ampun dari semua..andai ada penulisan saya yang menyakitkan hati saya mohon maaf...

JOM BERZIKIR:

post signature

2 comments :

  1. good sharing.. bulan ramadan nanti jom pakat2 betulkan niat,sucikan hati..jgn sibuk shopping baju raya je..

    ReplyDelete
  2. jom prof john kita pakat2 cuci hati...bersih minda...

    ReplyDelete

Seronok tak entry nie?Komen la sikit..。^◕‿◕^。

HASIL TANGAN GADIS KAMPUNG

Related Posts with Thumbnails

IKLAN JAP