NAK TAU INFO KLIK SINI

Tuesday, June 3, 2014

SUSPEK PENYEMBELIHAN ADIK SITI SOFEA EMELDA DIPENGARUHI DADAH

Suspek lelaki yang menyembelih mati seorang kanak-kanak perempuan berusia dua tahun enam bulan di tepi Sungai Klang, Khamis lalu dipercayai melakukan perbuatan itu atas pengaruh dadah.
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Kuala Lumpur Senior Asisten Komisioner Gan Kong Meng berkata, pemeriksaan ke atas mayat suspek menemui peket kecil berisi daun kering dipercayai ganja.
“Butiran peribadi suspek belum diperoleh dan pihak polis masih menunggu laporan cap jari dari Pusat Pendaftaran Penjenayah dan semakan dengan Jabatan Pendaftaran Negara (JPN),” katanya semalam.
Menurutnya, laporan bedah siasat terhadap kanak-kanak malang itu yang selesai dijalankan jam 11 pagi Jumaat lalu mengesahkan punca kematian disebabkan hentakan kuat di kepala mangsa.
Katanya, punca kematian itu selari dengan keterangan saksi kejadian yang melihat kepala kanak-kanak malang terbabit dihentak dengan pecahan seramik yang ditemui berhampiran mayat.
“Sehingga kini, polis sudah merekod keterangan daripada 10 saksi termasuk keterangan ibu mangsa bagi membantu siasatan,” katanya.
“Meskipun polis sudah menemui suspek bagi kes ini namun siasatan lanjut masih dijalankan bagi mengenalpasti motif sebenar kejadian itu,” katanya.
Katanya, bedah siasat pada mayat suspek selesai dijalankan pada jam 1.45 petang semalam.
“Laporan bedah siasat mengesahkan punca kematian suspek disebabkan lemas dan tiada kecederaan lain pada tubuhnya,” katanya.
Dalam kejadian jam 9 malam Khamis lalu, polis menemui mayat mangsa, Siti Sofea Emelda yang dilarikan suspek daripada jagaan rakan ibunya.
Mangsa kemudian dibawa berhampiran tebing Sungai Klang di sini, sebelum dipercayai dipenggal atau dihentak di leher sehingga kepalanya terputus dan ditemui berdekatan kakinya.
Polis tidak menolak suspek pembunuhan kejam itu kemungkinan lemas selepas dilihat terjun ke dalam sungai dan dihanyut arus deras.
Mayat suspek kemudiannya ditemui terapung berhampiran sungai tidak jauh dari Plaza Tol Bandar Sunway di sini, kira-kira jam 3 petang Sabtu lalu.
Mayat lelaki lengkap berpakaian itu ditemui orang awam sebelum ia memaklumkan kepada pasukan Bomba dan Penyelamat Selangor serta pihak polis.
Polis mengesahkan rupa paras dan pakaian mayat lelaki terbabit konsisten dengan imej Kamera Litar Tertutup (CCTV) di pusat membeli-belah berkenaan.- HMETRO
post signature

No comments :

Post a Comment

Seronok tak entry nie?Komen la sikit..。^◕‿◕^。

HASIL TANGAN GADIS KAMPUNG

Related Posts with Thumbnails

IKLAN JAP