NAK TAU INFO KLIK SINI

Thursday, July 10, 2014

KENDURI NASI AMBENG KALAU JERMAN MENANG FIFA 2014

Ini bukan citer lembu punyer susu sapi dapat nama...tapi ini kes menumpang harap tuah piala dunia 2014..
Kemenangan dari jaringan gol terbanyak sebanyak 7-1 ketika jerman menentang tuan rumah brazil yang melayakkan jerman terus mara ke pusingan akhir menyebabkan semua penduduk kampung parit jerman tumpang gembira...diorang siap plan nak buat kenduri nasi ambeng lagi kalau jerman menang...wah hebat orang kampung ni...

Pontian: Penduduk Kampung Parit Jerman, Telok Kerang di sini akan menganjurkan majlis jamuan kenduri nasi ambeng jika pasukan Jerman muncul juara Piala Dunia 2014, Isnin ini.

Ketua Kampung Kawasan 1 Mukim Ayer Masin Kampung Rangkaian Parit Jerman, Mohd Asri Ali, 48, berkata kira-kira 500 penduduk kampung itu tumpang berbangga apabila Jerman layak ke final Piala Dunia di Brazil. 

Popularkan nama kampung 

Katanya, kejayaan Jerman bukan saja menjadi kebanggaan penduduk yang majoritinya penyokong pasukan itu berikutan mempunyai nama yang sama dengan kampung mereka, ia turut mempopularkan lagi nama kampung kepada masyarakat luar.

“Pasukan bola sepak Jerman disifatkan sebagai pasukan paling digeruni sememangnya menjadi pasukan pilihan penduduk Kampung Parit Jerman sejak lebih 40 tahun setiap kali Piala Dunia.

“Tahun ini, kami yakin Jerman akan menjuarai Piala Dunia 2014 dan jawatankuasa kampung kami bercadang mengadakan kenduri nasi ambeng besar-besaran bagi meraikan kejayaan ini. 

“Ini pastinya menjadi satu kegembiraan kepada penduduk kampung,” katanya kepada BH, semalam.
 


post signature

3 comments :

  1. Replies
    1. kita dok berseronok tgk negara org main bola...tp umat islam.dipalestin sengsara kn serang dek yahudi...

      Delete
    2. tu la..dalam duk seronok jangan di lupa pada mereka yang mderita. utuskan doa sebagai utusan. Semoga mereka juga dapat merasainya.

      Ehhh, dah boleh makan nasi ambeng dah ni..Tahniah yae :)

      Delete

Seronok tak entry nie?Komen la sikit..。^◕‿◕^。

HASIL TANGAN GADIS KAMPUNG

Related Posts with Thumbnails

IKLAN JAP