NAK TAU INFO KLIK SINI

Wednesday, September 10, 2014

SKIM PERUMAHAN MAMPU MILIK SWASTA (MyHome)

Skim Perumahan Mampu Milik Swasta (MyHome) telah pun dibuka tetapi ramai rakyat Malaysia yang tidak menyedarinya. Ini adalah peluang yang terbaik bagi rakan-rakan yang tidak mempunyai tanah untuk mendapatkan rumah dengan harga yang berpatutan dan yang terpenting ada bantuan subsidi dari kerajaan.
Pasti ramai yang berminat untuk membuat permohonan dalam skim yang menawarkan insentif yang amat besar. Skim MyHome melibatkan peruntukan RM300 juta bagi membina 10,000 unit rumah mampu milik di seluruh negara.
Butiran Bantuan Skim MyHome
Kerajaan menawarkan bantuan kewangan sehingga maksimum RM30,000 kepada isi rumah berpendapatan RM3,000 sebulan & RM6,000 untuk beli rumah pertama.
Skim MyHome terbuka kepada pembeli rumah pertama dengan pendapatan bulanan isi rumah maksimum RM3,000 bagi kos rendah dan maksimum RM6,000 bagi kos sederhana.
Skim MyHome akan membantu anda yang layak membeli rumah pada harga rumah kos rendah dan perbezaan baki harga akan dibayar kerajaan kepada pemaju berkenaan.
Contohnya, kalau kerajaan negeri menetapkan rumah kos rendah pada harga RM40,000, sedangkan pemaju terpaksa menjual rumah pada harga RM70,000, maka kalau pemaju dan pembeli berkenaan layak untuk mengambil bahagian dalam skim Myhome ini, maka rumah RM70,000 akan dijual pada harga RM40,000, dan baki RM30,000 dibayar kerajaan. Ingat.. Skim Myhome bernilai RM300 juta.. banyak tuu,,
Namun, ramai yang masih kurang jelas mengenai maklumat dan cara-cara membuat permohonan dalam skim ini. Berikut adalah perkara penting yang perlu anda tahu:
Syarat, Kelayakan dan Jenis Skim MyHome:
■ Warganegara Malaysia
■ Berumur 18 tahun ke atas
■ Pembelian adalah rumah pertama
■ Bantuan(Subsidi) Maksimum: RM30,000
■ Subsidi Skim MyHome akan dibayar terus ke akaun pembeli
Untuk info, terdapat 2 jenis perumahan bagi Skim MyHome ini. Sila rujuk dibawah untuk info tentang jenis rumah bagi Skim MyHome 2014 ini.
■ MyHome 1:
▪ 3 Bilik Tidur 2 Bilik Air, Minimum 800 Kaki Persegi
▪ Pendapatan isi rumah: RM3,000 hingga RM4,000
Jualan harga rumah
▪ Semenanjung:  RM80,000 hingga RM120,000
▪ Sabah Sarawak: RM90,000 hingga RM120,000
■ MyHome 2:
▪ 3 Bilik Tidur 2 Bilik Air, Minimum 850 Kaki Persegi
▪ Pendapatan isi rumah: RM4,001 hingga RM6,000
Jualan harga rumah
▪ Semenanjung:  RM120,001 hingga RM200,000
▪ Sabah Sarawak: RM120,001 hingga RM200,000
Cara Daftar MyHome Skim Perumahan Mampu Milik Swasta
1. Borang Skim Myhome Online
Pemohon : http://ehome.kpkt.gov.my/myhome/Borang_MyHome_Pembeli.pdf
Pemaju : http://ehome.kpkt.gov.my/myhome/Borang_MyHome_Pemaju.pdf
2. Isi borang dengan lengkap berserta salinan dokumen yang diperlukan.
3. Senarai Dokumen Yang Diperlukan & Wajib Dihantar Bersama Borang
▪ Salinan kad pengenalan pemohon
▪ Salinan Kad Pengenalan Suami/ Isteri
▪ Salinan kad pengenalan anak
▪ Salinan slip gaji
▪ Salinan surat OKU jika ada
4. Borang yang sudah lengkap mestilah dihantar atau diposkan ke Jabatan Perumahan Negara seperti alamat berikut:
Ketua Pengarah
Jabatan Perumahan Negara (Unit Myhome)
Kementerian Kesejahteraan Bandar, Perumahan
Aras 34, No.51
Persiaran Perdana
Presint 4, 62100 Putrajaya
Muat turun borang permohonan menerusi
Laman Web Jabatan Perumahan Negara
Klik Sini: http://ehome.kpkt.gov.my
Atau klik sini .. http://myhome.kpkt.gov.my/myhome/daftarpengguna atau dapatkan borang di Pejabat Setiausaha Negeri (Seluruh Negara)
Borang permohonan dibuka: 1 APRIL 2014 (lama dah)
Pusat Panggilan MyHome:
03-8891 4322
03-8891 4317
03-8891 4313

1 comment :

Seronok tak entry nie?Komen la sikit..。^◕‿◕^。

HASIL TANGAN GADIS KAMPUNG

Related Posts with Thumbnails

IKLAN JAP