Permohonan Online BRIM 4.0 tahun 2015 akan dibuka pada minggu kedua bulan Disember 2014.
Penerima BR1M sedia ada tidak perlu mendaftar lagi, tetapi perlu mengemas kini maklumat peribadi termasuk alamat, maklumat anggota keluarga dan akaun bank.
Bagi pemohon baru, pengguna boleh mendaftar secara dalam talian (Online) atau secara manual dengan mengisi borang permohonan BR1M 2015 secara percuma.Kadar Bayaran BRIM 4.0 Tahun 2015
1. Pendapatan Isi Rumah dibawah RM3,000: RM950
Bayaran ansuran sebanyak tiga kali setahun iaitu RM300 akan dibayar pada Januari dan Mei, manakala bakinya sebanyak RM350 dibayar mulai September 2015.
2. Pendapatan Isi rumah bulanan antara RM3,000 hingga RM4,000: RM750
Ansuran RM200 akan dibayar pada Januari dan Mei, manakala bakinya sebanyak RM350 juga akan dibayar mulai September.
3. Individu Bujang 21 tahun keatas dan berpendapatan tidak melebihi RM2,000 sebulan: RM350
Kadar BRIM 4.0 dinaikkan daripada RM300 kepada RM350. Bantuan akan dibayar sekali gus pada bulan Januari 2015.
Syarat Kelayakan BR1M 4.0 Tahun 2015
Warganegara Malaysia
Berumur 21 Tahun Keatas
Isi Rumah Berpendapatan Bulanan RM3,000 dan Kebawah
Isi Rumah Berpendapatan Bulanan RM3,000- RM4,000
Individu Bujang 21 tahun keatas yang Bekerja dan Berpendapatan Bulanan RM2,000 dan kebawah
Skim Khairat Kematian RM1,000
Kerajaan juga akan menggantikan skim insurans takaful berkelompok (i-BR1M) yang telah diperkenalkan sebelum ini kepada Skim Khairat Kematian yang akan memberi manfaat kepada waris penerima BR1M dengan bantuan RM1,000 yang akan berkuat kuasa selama setahun.
Borang Permohonan Secara Online BR1M 4.0
http://www.hasil.gov.my
https://ebr1m.hasil.gov.my
http://www.treasury.gov.my
Blogwalking kat sini. Jom terjah
ReplyDeletewww.papaglamz.com