NAK TAU INFO KLIK SINI

Thursday, November 13, 2014

PUTING BELIUNG DI KAMPUNG SUNGAI NONANG ALOR SETAR KEDAH

Kemarin 12 nov 2014, sekitar jam 2.45 petang telah berlaku lagi puting beliung untuk yang ke-4 kali di Kampung Sungai Nonang Simpang Empat Kangkung Alor Setar Kedah.

Sebelum ini telah berlaku 3 kejadian puting beliung di negeri Kedah:

Kejadian hari ini merupakan kes keempat membabitkan puting beliung yang dilaporkan berlaku di Kedah dalam masa tidak sampai sebulan.
1) Kes pertama berlaku di Kampung Alor Besar, Pendang pada 14 Okt yang menyebabkan 11 buah rumah dan sebuah sekolah rosak teruk.   
 2) Kes kedua berlaku pada 31 Okt di lima kawasan di daerah Kota Setar iaitu Kampung Mergong Hilir, Kampung Batin, Kampung Sungai Baru, Taman Inang dan Taman Mergong Jaya yang menyebabkan kerosakan teruk pada 71 buah rumah dan sebuah klinik desa.  
   3) Pada 2 Nov lepas, sekurang-kurangnya 13 buah rumah di Taman Wira Mergong di sini mengalami kerosakan setelah dilanda angin kencang dan pusaran kecil puting beliung.


Sekurang-kurangnya 20 buah rumah dan empat rumah kedai di Kampung Sungai Nonang, Simpang Empat Kangkung dekat Alor Setar rosak akibat dilanda puting beliung petang tadi.

Malah dalm kejadian itu sebuah kereta jenis Proton Wira tersangkut pada sebatang pokok mangga pada ketinggian satu meter akibat diterbangkan pusaran angin itu.

Kesian pada penduduk, dugaan berat untuk mereka sebab tak sampai sebulan dah terjadi 4 puting beliung. Kalau sebelum ini kita jarang nak dengan pasal kejadian puting beliung ni...adakah ini tanda akhir zaman. Kejadian tanah runtuh di Cameron Highlands juga turut membuat kita sedih...Semoga Allah melindungi kita...

Ini antara gambar puting beliung di KAMPUNG NONANG ALOR SETAR KEDAH:





post signature

1 comment :

  1. Ngeri tengok. Rasa macam still tak percaya puting beliung terjadi kat Malaysia ni

    ReplyDelete

Seronok tak entry nie?Komen la sikit..。^◕‿◕^。

HASIL TANGAN GADIS KAMPUNG

Related Posts with Thumbnails

IKLAN JAP