Assalamulaikum semua pembaca di blog ini, mungkin ada yang pertama kali datang sini..GK ucapkan terima kasih kerana sudi datang dan membaca artikel disini...
Pada yang selalu datang ke blog GK ni..ucapan jutaan terima kasih sebab sudi luangkan masa baca coretan dari GK yang tak seberapa ini..
Alhamdulilah pejam celik-pejam celik tahun 2015 dah menghadirkan diri...banyak sebenarnya hajat tahun 2014 yang masih tertangguh dan belum dikecapi...GK harap tahun ini, kalau tak semua ada hajat dapat dicapai... tapi ada yang tercapai dah kira bersyukur..alhamdulilah...
Salah satu hajat GK yang ingin kongsi dengan korang adalah ingin mendidik anak-anak GK iaitu Aidil dan Adam menjadi insan yang celik ilmu agamanya...
Bila melihat anak-anak kecil di youtube yang berkebolehan mengaji, menghafal Al-quran dan bercakap Arab di usia yang muda seusia 2 tahun membuatkan GK membuak-buak ingin mempelajari teknik-teknik yang dilakukan oleh ibu bapa mereka...
Perihal video ini ialah mengenai seorang kanak-kanak muslim lelaki berusia 2 tahun dapat menjawab setiap soalan yang dilontarkan oleh seorang perempuan yang GK rasa ibunya dengan lancar sekali dalam bahasa arab...Ada soalan-soalan yang ditanya seperti apa nama kamu?apa nama ustaz kamu, kamu tinggal dimana? apa nama nabi kamu?apa kiblat kamu? mak dia suruh mengucap...apa rukun islam? apa iman kamu?
Selepas itu ibunya menyuruh dia membaca ayat qursi, al-fatihah dan diikuti surah-surah pendek didalam Al-Quran ( surah ikhlas, surah al-falaq,suran an-nas dan lain-lain) ...alhamdulilah kanak-kanak ini boleh membaca dengan selancarnya walaupun salah taranum tapi ok la boleh diperbaiki..
Sudah menjadi tabiat budak-budak mesti akan ada benda yang menyebabkan dia hilang fokus seperti bunyi bising tapi adik ini masih dapat mengatasinya..
Diakhir soalan, ibu dia tanya dalam bahasa english...dan dia dapat jawab dengan lancar...subahanallah...
Masyallah, ibu nak didik anak-anak ibu jadi macam inilah...ibu harap hajat ibu ini akan jadi kenyataan sebab ibu dah nampak kebolehan dan kepintaran anak-anak memang ada hanya perlu diasah saja lagi..amin..
No comments :
Post a Comment
Seronok tak entry nie?Komen la sikit..。^◕‿◕^。