Pada mulanya GK agak keberatan nak buat design ni sebab laptop GK mengalami kerosakan, atas dasar kesian GK try juga buat guna software publisher yang sememangnya ada dalam pc ni..
Sebenarnya untuk beginner korang boleh guna software publisher untuk buat banner, bunting, kad kahwin, kad hari jadi, nak tulis nama atas envelop dan macam-macam lagi..
Ok ini contoh banner ONEXOX yang telah siap dicetak...GK design guna software publisher...
Untuk banner ini GK guna ukuran 5 kaki panjang x 2 kaki lebar...ok mai GK tunjuk cara nak design banner ini
STEP 1: Klik microsoft office pilih microsoft publisher. Selepas itu korang klik kat banner untuk mendesign banner.
STEP 2: Klik banner scroll sehingga jumpa saiz yang diingini..seandainya tak jumpa saiz yang dikehendaki jangan risau pilih dulu template yang disukai satgi kita adjust saiz banner tu ikut yang kita kehendaki..selepas itu klik "create".
STEP 3: Klik template tadi dan pilih change page size seperti dalam gambar dibawah.
STEP 4: Disebelah kanan gambar pilih saiz yang kita kehendaki contoh GK nak buat saiz 5feet x 2feet, so saiz dia 60.96cm x 152.4cm.. selepas puas hati dengan saiz yang dipilih klik ok..
Tutorial ini just for beginner yang tak tau nak guna publisher mungkin pada yang dah sediamaklum mengenai publisher akan ketawa melihat tutorial ini...tapi pada beginner mungkin ia akan beri satu ilmu yang baru pada korang...just share...because sharing is caring..dah abis edit tekan save as a JPeg untuk jadikan ia format picture tapi andai masih nak edit save as publisher...selamat mencuba..
No comments :
Post a Comment
Seronok tak entry nie?Komen la sikit..。^◕‿◕^。