1 ) Antara program-program perumahan yang telah dilaksanakan oleh kerajaan persekutuan adalah
I . Program Bantuan Rumah
II . Perumahan Rakyat 1Malaysia
III . Skim Rumah Insan Amanjaya
IV . Rumah Mesra Rakyat
A ) I, II dan III
B ) I, II dan IV
C ) I, III dan IV
D ) II, III dan IV
2 ) Berikut adalah objektif Pelan Induk Perindustrian kecuali
A ) mengimport dan menyerap teknologi lebih sofistikated.
B ) menggalakkan penggunaan sepenuhnya sumber asli negara.
C ) meninggikan tahap penyelidikan dan pembangunan (R&D) teknologi tempatan.
D ) menjadikan sektor perkilangan sebagai catalyst pertumbuhan perindustrian negara.
3 ) Isu-isu berikut adalah di bawah bidang kuasa Kementerian Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) kecuali
A ) pembangunan komuniti setempat.
B ) hak dan tuntutan pembeli rumah.
C ) pelaksanaan konsep kejiranan hijau.
D ) pembangunan fasiliti kawasan luar bandar.
4 ) Di antara intipati Perjanjian Penubuhan Malaysia ialah
I . Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu 1957 dijadikan asas kepada Perlembagaan Persekutuan Malaysia.
II . Sabah dan Sarawak diberikan kuasa autonomi penuh dalam pentadbiran negeri.
III . Kuasa kawalan imigresen diberikan kepada Sabah dan Sarawak.
IV . Meliputi Malaya, Sabah, Sarawak, Brunei dan Singapura.
A ) I dan III
B ) I dan IV
C ) II dan III
D ) II dan IV
5 ) Sebuah komputer yang diserang oleh virus, cecacing atau trojan mempunyai tanda-tanda berikut
I . ingatan utama melebihi dari jangkaan.
II . perubahan pada sistem.
III . program dan fail sedia ada hilang.
IV . fail menjadi korup.
A ) I dan II
B ) III dan IV
C ) I, III dan IV
D ) II, III, dan IV
6 ) Pilih pernyataan yang benar mengenai Kabinet di Malaysia.
I . Kabinet merupakan sebuah badan pemerintah
II . Dasar dan arahan Kabinet dilaksanakan oleh jentera pentadbiran negara
III . Kabinet diketuai oleh seorang Perdana Menteri yang juga Ahli Dewan Negara
IV . Kabinet berfungsi menjalankan kuasa eksekutif yang dipegang oleh Yang di-Pertuan Agong
A ) I dan III
B ) II dan IV
C ) I, II dan III
D ) I, II dan IV
7 ) Negeri-negeri Melayu Bersekutu terdiri daripada
A ) Perak, Selangor, Pahang dan Melaka.
B ) Pulau Pinang, Perak, Selangor dan Johor.
C ) Selangor, Melaka, Negeri Sembilan dan Johor.
D ) Perak, Selangor, Pahang dan Negeri Sembilan.
8 ) Faktor-faktor yang menjadi penyumbang utama kepada pelaburan asing dalam negara adalah
I . keadaan politik dan ekonomi yang stabil
II . peningkatan kos infrastruktur
III . kapasiti modal insan yang berkemahiran
IV . dasar-dasar pelaburan kerajaan yang liberal
A ) I, ll dan III
B ) I, II dan IV
C ) I, III dan IV
D ) II, III dan IV
9 ) Berikut merupakan contoh-contoh Perlembagaan Bertulis kecuali
A ) Undang-undang Adat.
B ) Undang-undang Islam.
C ) Perundangan Subsidiari.
D ) Perlembagaan Persekutuan.
10 ) Taman Negara Gunung Tahan terletak di sempadan antara negeri
I . Pahang
II . Kelantan
III . Terengganu
IV . Perak
A ) I dan II
B ) I dan IV
C ) II dan III
D ) I, II dan III
11 ) Dewan Negara terdiri daripada 70 orang ahli berdasarkan kategori berikut
A ) 35 ahli dilantik oleh Yang di-Pertuan Agong, 35 ahli melalui pengundian oleh Negeri.
B ) 57 ahli dilantik oleh Yang di-Pertuan Agong, 13 ahli melalui pengundian oleh Negeri.
C ) 50 ahli dilantik oleh Yang di-Pertuan Agong, 20 ahli melalui pengundian oleh Negeri.
D ) 44 ahli dilantik oleh Yang di-Pertuan Agong, 26 ahli melalui pengundian oleh Negeri.
12 ) Pusat Sehenti Usahawan Wilayah diwujudkan untuk membolehkan usahawan mendapat sokongan dan bantuan di bawah satu bumbung. Antara berikut yang manakah Organisasi Pembangunan Usahawan (EDO) dan Organisasi Pembangunan Industri (IDO) yang ditempatkan di pusat sehenti ini?
I . Majlis Amanah Rakyat
II . SME Bank
III . Bank Rakyat
IV . Tabung Ekonomi Kumpulan Usaha Niaga
A ) I, II dan III
B ) I, II dan IV
C ) I, III dan IV
D ) II, III dan IV
13 ) Manakah antara berikut merupakan kemudahan ameniti sosial?
A ) Rumah teres
B ) Perhentian bas
C ) Kebun buah-buahan
D ) Pusat membeli belah
14 ) Berikut merupakan perkara-perkara di bawah bidang kuasa Kerajaan Persekutuan kecuali
A ) Perkapalan dan Pelayaran.
B ) Pertanian dan Perhutanan.
C ) Perdagangan dan Perusahaan.
D ) Perhubungan dan Pengangkutan.
15 ) Apakah pendirian ASEAN yang menjadi asas kepada kestabilan geopolitik dan ekonomi rantau berkenaan?
A ) Mewujudkan blok keselamatan rantau Asia Tenggara
B ) Meningkatkan kerjasama perdagangan di kalangan anggotanya
C ) Mewujudkan pasaran tunggal dan asas pengeluaran dengan aliran bebas
D ) Menolak kekerasan dan menggalakkan penyelesaian konflik secara aman
16 ) Berikut adalah negara-negara yang menandatangani Deklarasi Bangkok pada 8 Ogos 1967 kecuali
A ) Indonesia
B ) Filipina
C ) Singapura
D ) Brunei
17 ) Dasar Orang Kurang Upaya (OKU) dilaksanakan dengan beberapa objektif seperti berikut kecuali
A ) menghapuskan diskriminasi terhadap golongan OKU.
B ) mendidik dan meningkatkan kesedaran masyarakat mengenai hak OKU.
C ) memastikan golongan OKU menikmati hak, peluang dan akses secara saksama.
D ) memberi bantuan sebagai sara hidup kepada golongan OKU yang dikenalpasti.
18 ) Pilih agensi yang bukan di bawah tanggungjawab KPDNKK
A ) Bank Rakyat.
B ) Suruhanjaya Syarikat Malaysia.
C ) Perbadanan Harta Intelek Malaysia.
D ) Tabung Ekonomi Kumpulan Usaha Niaga.
19 ) Sebelum diluluskan, sesuatu rang undang-undang mestilah melalui susunan tahap-tahap berikut
A ) Peringkat Jawatankuasa, Bacaan Pertama, Bacaan Kedua dan Bacaan Ketiga.
B ) Bacaan Pertama, Peringkat Jawatankuasa, Bacaan Kedua dan Bacaan Ketiga.
C ) Bacaan Pertama, Bacaan Kedua, Bacaan Ketiga dan Peringkat Jawatankuasa.
D ) Bacaan Pertama, Bacaan Kedua, Peringkat Jawatankuasa dan Bacaan Ketiga.
20 ) Badan yang menjalankan kuasa eksekutif dan bertindak sebagai badan penyelaras utama di peringkat negeri ialah
A ) Menteri Besar.
B ) Ketua Menteri.
C ) Majlis Mesyuarat Kerajaan.
D ) Setiausaha Kerajaan Negeri.
21 ) Apakah agensi di bawah Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri yang berfungsi mempromosi pelaburan dalam negara?
A ) Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia
B ) Malaysian Industrial Development Finance Berhad
C ) Perbadanan Pembangunan Perdagangan Luar Malaysia
D ) Perbadanan Perusahaan Kecil dan Sederhana Malaysia
22 ) Siapakah atlet pertama negara yang memenangi pingat emas Sukan Paralimpik?
A ) Mohamad Ridzuan Mohamad Puzi
B ) Muhammad Ziyad Zolkefli
C ) Siti Noor Radiah Ismail
D ) Abdul Latif Ramly
23 ) Klinik Nur Sejahtera LPPKN adalah sebuah klinik yang berkonsepkan kesejahteraan. Perkhidmatan yang disediakan di klinik ini ialah
I . Pengurusan Kesihatan Kanak-kanak.
II . Saringan kanser reproduktif.
III . Ujian makmal kesuburan.
IV . Perkhidmatan perancang keluarga.
A ) I, II dan III
B ) I, II dan IV
C ) I, III dan IV
D ) II, III dan IV
24 ) Dokumen yang tidak dikeluarkan oleh Jabatan Imigresen Malaysia ialah
A ) Pasport Malaysia.
B ) Sijil Akuan Pengenalan.
C ) Sijil Kewarganegaraan.
D ) Pasport Perjalanan Berkumpulan.
25 ) Malaysia pernah menjadi pengerusi bagi pertubuhan antarabangsa berikut kecuali
A ) Persidangan Negara-negara Islam.
B ) Pertubuhan Negara-negara Berkecuali.
C ) Pertubuhan Negara-negara Komanwel.
D ) Persatuan Negara-negara Asia Tenggara.
26 ) Ethernet ialah teknologi jejaring komputer berdasarkan pada kerangka jaringan
A ) wifi.
B ) lokal.
C ) global.
D ) metro.
27 ) Apakah kemuncak tertinggi di Banjaran Titiwangsa?
A ) Gunung Tahan
B ) Gunung Stong
C ) Gunung Korbu
D ) Gunung Gayong
28 ) Banci Penduduk dan Perumahan Malaysia dilaksanakan setiap 10 tahun. Bilakah kali terakhir Banci Penduduk dan Perumahan Malaysia diadakan?
A ) 2000
B ) 2005
C ) 2010
D ) 2012
29 ) Kluster perkhidmatan yang tidak ditawarkan di Pusat Transformasi Bandar (UTC) ialah
A ) Utiliti.
B ) Kesihatan.
C ) Pelancongan.
D ) Pembangunan Belia.
30 ) Negara yang tidak menganggotai Komanwel ialah
A ) India.
B ) Filipina.
C ) Singapura.
D ) Bangladesh.
31 ) Perkara-perkara yang terkandung dalam Senarai Persekutuan ialah
I . pengangkutan
II . perhutanan
III . perkapalan
IV . pertahanan
A ) I, II dan III
B ) I, II dan IV
C ) I, III dan IV
D ) II, III dan IV
32 ) Manakah antara berikut tidak benar mengenai Yang di-Pertuan Agong?
A ) Gelaran rasmi Ketua Utama Negara
B ) Pemerintah Tertinggi Angkatan Tentera Malaysia
C ) Dipilih secara bergilir di kalangan pemimpin negeri
D ) Melantik Jemaah Menteri atas nasihat Perdana Menteri
33 ) Tapak Ramsar berkepentingan bagi konservasi burung air dan tanah lembap. Manakah antara berikut kawasan yang diwartakan sebagai Tapak Ramsar?
I . Tapak Ramsar Sungai Pulai, Johor
II . Tapak Ramsar Tasek Bera, Pahang
III . Tapak Ramsar Pulau Kukup, Johor
IV . Tapak Ramsar Pulau Jerjak, Pulau Pinang
A ) I, II dan III
B ) I, II dan IV
C ) I, III dan IV
D ) II, III dan IV
34 ) Pilih kenyataan yang tepat mengenai Program eRezeki
A ) mewujudkan peluang pekerjaan kepada individu yang berkemahiran.
B ) membantu graduan mendapat latihan separa mahir sebelum bekerja.
C ) menghubungkan golongan berpendapatan rendah dengan saluran pendapatan digital.
D ) memberi bantuan kepada individu menggunakan saluran digital untuk memulakan perniagaan.
35 ) Apakah kesan Perjanjian British dan Belanda 1824 kepada pengaruh penjajahan Barat di Asia Tenggara?
I . Perpecahan Empayar Johor - Riau
II . Siam tidak dijajah oleh kuasa Barat
III . Kepulauan Melayu dipecahkan mengikut kuasa British dan Belanda
IV . Pembahagian Kepualauan Melayu kepada pengaruh British dan Perancis
A ) I dan II
B ) I dan III
C ) II dan IV
D ) III dan IV
36 ) Kewarganegaraan Malaysia boleh diperolehi dengan kaedah berikut kecuali
A ) kuatkuasa undang-undang.
B ) penganugerahan taraf.
C ) percantuman wilayah.
D ) pendaftaran.
37 ) Siapakah yang mengetuai Badan Perundangan, Badan Pemerintah dan Badan Kehakiman?
A ) Peguam Negara
B ) Perdana Menteri
C ) Yang di-Pertuan Agong
D ) Yang di-Pertua Dewan Negara
38 ) Simbol bulatan pada logo olimpik melambangkan
A ) penyatuan.
B ) jumlah benua.
C ) keharmonian.
D ) semangat kesukanan.
39 ) Antara berikut manakah yang dikenakan GST?
A ) Pengangkutan awam
B ) Perkhidmatan pendidikan
C ) Penyewaan hartanah pertanian
D ) Pembelian tanah untuk tujuan pelaburan
40 ) Antara negara ASEAN berikut manakah yang masih belum melaksanakan GST?
A ) Laos
B ) Filipina
C ) Vietnam
D ) Myanmar
41 ) Taman asuhan kanak-kanak dikategorikan kepada
I . rumah
II . tempat kerja
III . rumah kedai
IV . institusi
A ) I dan II
B ) II dan IV
C ) I, II dan IV
D ) II, III dan IV
42 ) Yang manakah bukan ciri-ciri keselamatan yang terdapat pada wang kertas Malaysia?
A ) Mikrofilem
B ) Jalur hologram
C ) Cetakan intaglio
D ) Benang keselamatan
43 ) Peraturan Pertahanan Lima Negara (FPDA) menjadi saluran Malaysia untuk membangunkan keupayaan pertahanan dengan bantuan negara-negara rakan. Berikut merupakan negara-negara yang menganggotai FPDA kecuali
A ) Australia.
B ) Singapura.
C ) Indonesia.
D ) United Kingdom.
44 ) Organisasi berikut merupakan organisasi di bawah Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu kecuali
A ) World Health Organization.
B ) International Monetary Fund.
C ) International Civil Aviation Organization.
D ) Civil Rights International Foundation.
45 ) Hari Sukan Negara ialah acara tahunan yang disambut pada hari Sabtu
A ) minggu pertama bulan Oktober.
B ) minggu kedua bulan Oktober.
C ) minggu ketiga bulan Oktober.
D ) minggu keempat bulan Oktober.
46 ) Yang manakah bukan Bidang Keberhasilan Utama Nasional (NKRA)?
A ) mengurangkan kadar jenayah
B ) menambah baik pengangkutan awam
C ) meluaskan akses kepada pendidikan berkualiti
D ) meningkatkan kesedaran penjagaan kesihatan
47 ) Kegunaan rizab negara adalah sebagai simpanan untuk
A ) membiayai bencana alam.
B ) menanggung hutang kerajaan.
C ) membiayai projek pembangunan.
D ) menanggung defisit imbangan bayaran.
48 ) Negeri manakah yang menjadi tempat pendaratan pertama di Tanah Melayu oleh tentera Jepun semasa Perang Dunia Kedua?
A ) Perlis.
B ) Perak.
C ) Kedah.
D ) Kelantan
49 ) Wakil kerajaan ke Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu di Geneva dikenali sebagai
A ) Pesuruhjaya Tinggi.
B ) Perwakilan Tetap.
C ) Konsul Jeneral.
D ) Duta.
50 ) Berikut merupakan ciri-ciri keselamatan maklumat kecuali
A ) integriti.
B ) privasi.
C ) kerahsiaan.
D ) ketersediaan.
No comments :
Post a Comment
Seronok tak entry nie?Komen la sikit..。^◕‿◕^。