NAK TAU INFO KLIK SINI

Friday, November 25, 2016

SOALAN PEPERIKSAAN PEGAWAI TADBIR DIPLOMATIK DAYA MENYELESAIKAN MASALAH NOVEMBER 2016

Semalam GK ada kongsikan soalan penegtahuan am...sekarang GK kongsikan soalan daya menyelesaian maslah pula...semoga boleh jadi rujukan untuk calon-calon peperiksaan online semua...

Standby, peperiksaan Penolong Pegawai Tadbir bakal menyusul pada 5hb Disember ini...good luck to all candidates..

1 ) Sempena Aidilfitri, Pasaraya XYZ mendapatkan stok tepung gandum sebanyak 2 tan 71kg pada 1 Jun. Pada 31 Julai didapati baki tepung gandum yang tidak terjual ialah sebanyak 1 tan 80kg. Dalam masa yang sama, daripada kiraan awal stok terdapat 15 paket tepung yang telah bocor. Berapakah jumlah berat tepung yang berjaya dijual sekiranya berat 1 paket tepung ialah 1kg?
A ) 991kg
B ) 976kg
C ) 56kg
D ) 91kg

2 ) Pn. Siti memerlukan 1 paket gula 5 gram dan 2 paket creamer 5 gram untuk menjadikan air sebanyak 0.5 liter manis dan sedap untuk diminum. Berapakah jumlah gula dan creamer yang diperlukan oleh Pn. Siti bagi menghasilkan 5 liter air?
A ) 50 gram
B ) 100 gram
C ) 150 gram
D ) 200 gram

3 ) Jadual di bawah menunjukkan peratusan mengikut berat durian yang dijual di sebuah pusat membeli belah. Jika berat durian D24 itu ialah 16kg, berapa jumlah berat kesemua jenis durian tersebut?
A ) 64
B ) 80
C ) 90
D ) 95

4 ) Murugan mempunyai RM180,000.00 dalam peti besi. Ianya terdiri daripada wang kertas RM100.00, RM50.00 dan RM10.00. Berapa kepingkah wang kertas RM10.00 yang Murugan ada sekiranya dia mempunyai 88 keping RM100.00 dan 200 keping RM50.00?
A ) 14 000 keping
B ) 16 120 keping
C ) 13 280 keping
D ) 15 160 keping

5 ) Manakah antara pernyataan matematik berikut adalah benar?
A ) 1.8 + 3.3 = 4.20
B ) 6.0 ÷ 10 = 60
C ) 1/100 x 600 = 0.6
D ) 1.3 x 10=13.0

6 ) Panjang satu segiempat tepat ialah (m + 9)cm manakala lebarnya ialah m cm. Perimeter segiempat tepat tersebut ialah 66cm. Apakah nilai m?
A ) 14
B ) 12
C ) 15
D ) 19

7 ) Berapakah jumlah segi empat tepat yang terdapat di dalam rajah di bawah?
A ) 34
B ) 38
C ) 40
D ) 42

8 ) Dalam rajah di bawah, AB ialah tangen sepunya kepada dua bulatan yang masing-masing berpusat P dan Q. Diberi PA = 8cm dan QB = 5 cm. Cari nilai bagi sudut APQ.
A ) 12° 65′
B ) 23° 34′
C ) 76° 39′
D ) 47° 23′

9 ) Sekeping zink berbentuk segi empat tepat. Panjang zink itu lebih 7cm daripada lebarnya. Luas permukaan kepingan zink itu ialah 120cm². Jika panjang pepenjuru permukaan kepingan zink itu sama dengan perimeter sebuah pentagon sekata, cari panjang sisi pentagon sekata itu.
A ) 15cm
B ) 5.6cm
C ) 17cm
D ) 3.4cm

10 ) Dalina membeli seutas rantai tangan emas seberat 47g pada Januari 2015 dengan harga RM9,800.00 termasuk upah iaitu RM400.00. Pada Januari 2016, harga emas naik sebanyak 28%. Dalina ingin menukarkan rantai tangan itu dengan gelang fesyen baru. Susut nilai emas terpakai yang ditawarkan ialah sebanyak 20% daripada nilai barang kemas. Jika berat gelang itu ialah 57g dan upahnya pula RM500.00, berapakah wang yang perlu ditambah Dalina untuk menukarkan rantai tangan?
A ) RM12,032.00
B ) RM15,092.00
C ) RM2,406.40
D ) RM5,677.47

11 ) Setiap 1kg gula dan 20 biji telur boleh menghasilkan 2kg kek red velvet. Siti telah menerima tempahan untuk menghasilkan 10kg kek tersebut. Walau bagaimanapun hanya 8kg yang mampu dihasilkan. Berapakah bahan mentah yang diperlukan untuk menghasilkan kek tersebut?
A ) 10kg gula + 100 biji telur
B ) 8kg gula + 80 biji telur
C ) 4kg gula + 80 biji telur
D ) 6kg gula + 60 biji telur

12 ) Jumlah penduduk di negara X pada tahun 2010 ialah 31.28 juta. Diberi bilangan penduduk yang tingginya 170 cm dan ke atas ialah 2.8% daripada jumlah penduduk. Hitung bilangan penduduk yang tingginya di bawah 170 cm (1 juta = 106).
A ) 97.2 x 108
B ) 9.72 x 107
C ) 30.4 x 106
D ) 3.04 x 108

13 ) Gaji bulanan bagi 8 orang pekerja sebuah restoran ialah RM1,000.00, RM1,050.00, RM1,080.00, RM1,200.00, RM1,200.00, RM1,250.00, RM1,230.00 dan RM1,400.00 masing-masing. Kirakan minima gaji bulanan pekerja-pekerja berkenaan.
A ) RM1176.25
B ) RM1176.00
C ) RM9410.00
D ) RM9410.25

14 ) Dalam sebuah sekolah terdapat seramai 280 pelajar tingkatan empat. 80% telah mengambil peperiksaan Matematik Tambahan. 3/4 daripadanya telah lulus peperiksaan tersebut. Berapakah jumlah pelajar yang telah lulus peperiksaan tersebut?
A ) 157
B ) 168
C ) 170
D ) 224

16 ) Antara yang berikut, yang manakah memberikan nilai yang lebih daripada 13.40 tetapi kurang daripada 15.40?
A ) 11.2 x 8 ÷ 5
B ) 24 ÷ 1.5 x 3.1
C ) 13.04 x 3 ÷ 5
D ) 8.388 ÷ 4 x 7

17 ) Cari satu nombor bulat dengan keadaan hasil tambah kuasa dua dan kuasa tiga bagi nombor itu sama dengan 36 kali nombor bulat yang berikutnya.
A ) 12
B ) 10
C ) 8
D ) 6

18 ) Ali mengimport sebuah mesin yang berharga RM10,000.00 daripada negara China. Berapakah jumlah duti kastam yang perlu dibayar sekiranya mesin tersebut tertakluk kepada duti import 10% dan GST 6%?
A ) RM660.00
B ) RM10,660.00
C ) RM1,660.00
D ) RM600.00

19 ) Dua dadu dilambung bersama-sama. Kebarangkalian dadu A mendapat nombor 3 dan dadu B mendapat nombor 5 adalah
A ) 6/36
B ) 1/36
C ) 4/36
D ) 3/36

20 ) Nombor yang sesuai bagi P dan Q ialah
A ) P = 9; Q = 12.
B ) P = 9; Q = 14.
C ) P = 10; Q = 15.
D ) P = 12; Q = 16

21 ) Perimeter sebuah segiempat tepat adalah 32 cm. Jika lebar segiempat itu adalah 4 cm, cari panjang segiempat tersebut.
A ) 4 cm
B ) 8 cm
C ) 12 cm
D ) 16 cm

22 ) Satu huruf dipilih secara rawak daripada perkataan ‘MATEMATIK’. Keberangkalian memilih huruf konsonan ialah
A ) 2/11
B ) 1/2
C ) 9/16
D ) 5/9

23 ) En Kassim mempunyai ladang. Dia menternak lembu, kambing , burung unta dan arnab. Bilangan arnab adalah 4,208 ekor. Bilangan kambing adalah 734 kurang daripada bilangan lembu. Bilangan burung unta adalah 2,055 ekor kurang daripada bilangan arnab sementara bilangan lembu adalah 3022 lebih daripada bilangan burung unta. Berapakah jumlah kesemua haiwan ternakan di ladang encik Kassim?
A ) 17,964 ekor
B ) 13,824 ekor
C ) 19,567 ekor
D ) 15,977 ekor

24 ) Kopitiam Pak Uda telah dilesenkan sebagai GST registrant. Berapakah jumlah keseluruhan yang perlu dibayar oleh Ali sekiranya beliau membuat pesanan tiga jenis makanan bernilai setiap satu RM15.00, RM20.00 dan RM10.00?
A ) RM45.70
B ) RM54.00
C ) RM47.70
D ) RM65.70

25 ) Sebanyak 2000 buah ‘powerbank’ yang dikeluarkan oleh kilang X diuji. 100 buah ‘powerbank’ didapati rosak. Cari keberangkalian ‘powerbank’ itu adalah elok.
A ) 10/18
B ) 1/20
C ) 7/18
D ) 19/20

26 ) Baki duit Daud dalam akaunnya adalah RM1000.00. Setiap transaksi pengeluaran akan dikenakan caj bank sebanyak RM1.00 dan cukai barang dan perkhidmatan. Berapakah baki duit Ali sekiranya beliau telah membuat pengeluaran sebanyak RM500.00 dalam dua transaksi?
A ) RM498.00
B ) RM497.88
C ) RM499.00
D ) RM498.94

27 ) 18/1000 adalah bersamaan dengan
A ) 1.8
B ) 0.8
C ) 0.18
D ) 0.018

28) Faktorkan ungkapan kuadratik berikut 6X2 + 7X +2.
A ) (6X + 7)(X + 1)
B ) (3X + 1)(X + 2)
C ) (2X + 7)(X + 1)
D ) (2X + 1)(3X + 2)

29 ) Apakah nilai M?
A ) 1
B ) 3
C ) 4
D ) 7

30 ) Sebuah kereta berada pada kedudukan bearing 3150 dari sebuah lori tertentu. Berapakah bearing lori itu daripada kedudukan kereta tersebut?
A ) 3150
B ) 2250
C ) 1350
D ) 0450

31) Klinik 1Malaysia beroperasi bermula jam 9 pagi dan berakhir jam 6 petang setiap hari, kecuali Sabtu dan Ahad. Sekiranya doktor boleh merawat 15 orang pesakit dalam masa satu jam, berapakah ramai pesakit yang boleh dirawat pada hari Isnin sehingga Khamis?
A ) 280 orang
B ) 135 orang
C ) 540 orang
D ) 480 orang

32 ) P, Q dan R adalah tiga lokasi bandar di atas permukaan bumi. R berada ke selatan P manakala Q berada ke timur R. Jarak PR adalah 6 km dan jarak QR adalah 8 km. Cari jarak PQ.
A ) 5km
B ) 10km
C ) 12.3km
D ) 17.5km

33 ) Pada Disember 2013, Kavitha melabur di bank XYZ sebanyak RM50 000. Pada tahun 2014 Bank XYZ memberi dividen sebanyak 7.2%. Dividen pada tahun 2015 menurun sebanyak 4% daripada dividen pada tahun 2014. Berapakah jumlah wang pelaburannya pada Januari 2016?
A ) RM56,000.00
B ) RM54,560.20
C ) RM53,600.00
D ) RM55,315.20

34 ) Jarak di antara daerah A dan C adalah 90km lebih jauh daripada jarak dari Daerah A dan Daerah B. Perjalanan dari Daerah A ke Daerah B mengambil masa selama 3 jam dengan dengan kelajuan 90km/j. Berapakah jauh jarak di antara Daerah A dan C?
A ) 320km
B ) 360km
C ) 340km
D ) 335km

35 ) Kamarulzaman dapat mengecat lima buah basikal dalam masa 2 jam 30 minit. Kamarulzaman hanya bekerja dari jam 8.00 pagi hingga 1.00 tengahari sehari. Berapa harikah yang diperlukan oleh Kamarulzaman untuk menyiapkan kerja-kerja mengecat sebanyak 65 buah basikal?
A ) 5 hari
B ) 6 hari
C ) 7 hari
D ) 8 hari

36 ) Salleh menunggang basikal menuruni Bukit Gelugor dengan kelajuan 20km/j. Jarak dari puncak bukit hingga ke kaki bukit ialah 50km. Berapakah tinggi Bukit Gelugor sekiranya panjang Bukit Gelugor ialah 40km?
A ) 10km
B ) 20km
C ) 60km
D ) 30km

37 ) 1/2 liter cat minyak berwarna merah boleh digunakan untuk mengecat sebuah bilik dengan keluasan dinding 16 kaki persegi. Berapa liter cat yang diperlukan oleh Ali sekiranya beliau dikehendaki mengecat dinding dengan keluasan 1000 kaki persegi?
A ) 105 liter
B ) 125 liter
C ) 150 liter
D ) 175 liter

38 ) Fahmi mangambil masa purata 6 minit untuk menanda satu skrip kertas esei. Jika Fahmi memperuntukkan masa 2 jam sahaja dalam 1 hari untuk menanda kertas peperiksaan tersebut, berapa harikah masa yang diperlukan untuk menanda 300 kertas skrip esei tersebut?
A ) 13
B ) 14
C ) 15
D ) 16

39 ) Sebuah segitiga bersudut tegak ABD. BCDE ialah garis lurus dan CD = 3BC. Cari nilai kos X°.
A ) 7/24
B ) - 24/25
C ) - 7/25
D ) 24/25

40 ) Pada tahun 2014 seramai (7ab + 9c) calon telah memohon untuk memasuki Perkhidmatan Pegawai Tadbir dan Diplomatik Gred M41. Sementara pada tahun 2015 pula bilangan pemohon telah berkurang kepada (10ab – 4c). Berapakah beza bilangan pemohon untuk Perkhidmatan Pegawai Tadbir dan Diplomatik Gred M41 dalam tahun 2014 dan 2015?
A ) -3ab + 5c
B ) -3ab + 13c
C ) 3ab + 13c
D ) 17ab + 13c

1 comment :

Seronok tak entry nie?Komen la sikit..。^◕‿◕^。

HASIL TANGAN GADIS KAMPUNG

Related Posts with Thumbnails

IKLAN JAP