RUMAH ANDA BANYAK CICAK?????
Mungkin 10 Petua Ini Akan Menyelesaikan Masalah Anda.......
Salah satu langkah yang kita lakukan untuk menghalau cicak dari
kediaman
ialah dengan menggunakan siling kapur. Pun begitu, ia memerlukan perbelanjaan
yang tinggi untuk memasangnya. Oleh itu GK terjumpa 10 cara yang murah
dan senang untuk diikuti. Korang cuba la mungkin ia berkesan lagipun kebanyakan cara yang GK bagi ni semua benda yang mudah dicari dan ada disekeliling kita...
1. Serbuk kopi
Caranya mudah, campurkan serbuk
kopi dengan serbuk tobacco dan sedikit air. Bentukkan bulat-bulat kecil.
Kemudian, lekatkan pada hujung pencungkil gigi dan letakkan di sudut rumah yang
gelap terutama belakang almari, perabot dan sebagainya. Apabila cicak
ternampak, ia akan memakan bahan tersebut dan mati. Anda kemudian bolehlah
buangkan bangkainya seminggu sekali.
2. Bawang putih
Gantungkan bawang putih
dikeliling rumah atau jadikan ia dalam bentuk jus dan masukkan ke dalam bekas
semburan. Sembur dibahagian yang mudah didekati cicak.
3. Bawang besar
Anda juga boleh menggunakan
bawang besar jika tiada bawang putih. Praktikkan kaedah yang sama iaitu potong
kepada beberapa bahagian dan masukkan ke dalam kantung. Gantungkan di bahagian
kediaman yang berpotensi didatangi cicak. Ataupun anda juga boleh mengisar
bawang besar dan dapatkan perahan jus. Simpan di dalam botol semburan dan
sembur di kawasan tersebut.
4. Plypaper
Lekatkan di bahagian dinding yang
anda sering terlihat cicak itu. Apabila cicak terlekat pada kertas tersebut
anda kemudiannya bolehlah buangkan.
5. Cili kering
Gantungkan sebungkus cili kering
di kawasan yang banyak cicak. Bau cili kering itu akan menyebabkan ketidak
hadiran cicak.
6. Bela kucing
Cicak sangat takut kepada kucing,
jadi belalah kucing untuk penyelesaiannya!
7. Kulit telur ayam
Cicak sangat alergik dengan
mineral kulit telur ayam. Caranya adalah basuh dan keringkan kulit telur ayam
itu dalam 2 atau 3 hari. Pecahkan pada saiz yang kecil. Letakkan di mana-mana
untuk mengelakkan cicak berkunjung.
8. Bunuh serangga
Pastinya anda mengetahui bahawa
serangga adalah makanan cicak. Jadi anda seharusnya membunuh serangga terlebih
dahulu. Sekiranya rumah anda tiada serangga, pastinya cicak juga tiada!
9. Jaga kebersihan rumah
Pastikan rumah anda sentiasa
bersih dan kemas bagi mengelakkan kehadiran cicak.
10. Air dan cili api
Cicak sangat tidak sukakan
campuran air dan cili api. Ambil 4 hingga 5 biji cili padi dan bancuhkan
bersama air. Masukkan dalam botol spray. Kemudian spray di tempat yang adanya
cicak.
Sumber: SEHINGGIT
No comments :
Post a Comment
Seronok tak entry nie?Komen la sikit..。^◕‿◕^。