NAK TAU INFO KLIK SINI

Tuesday, April 17, 2018

SEMAKAN DAFTAR PEMILIH UNTUK PILIHANRAYA PRU14

Salam sejahtera semua, apa habaq dan selamat pagi..

Tarikh untuk mengundi dah diumumkan dan jatuh pada 9 MEI 2018 iaitu bersamaan hari RABU...Make sure semua yang layak mengundi yang berusia 21tahun ke atas wajib keluar mengundi ye..

Undi anda penentu masa depan negara..siapa yang anda undi dan parti mana yang anda undi adalah rahsia...syssssshhhh...jangan heboh-heboh kat orang lain..takut-takut terjadi perbalahan...

Malas la nak berdebat isu politik tambah-tambah dengan adik beradik, kawan-kawan ..pak-pak menakan dan kaum kerabat yang disekeliling kita...silap cakap sikit nanti ada yang akan sentap...

Ok la GK nak ajar cara nak tengok tempat kita mengundi....

Step pertama: klik link ni dulu https://pengundi.spr.gov.my/.. ia akan bawa korang ke sini



Step kedua:\ Masukkan no kad pengenalan tanpa tekan spacebar atau tanda -

Selepas tu ia kan keluar lah data peribadi macam ni..


Penting untuk korang tahu korang mengundi di saluran mana...GK kena saluran 8...

Meh nak GK cite apa itu peranan korang sebagai pengundi wajib bawa time mengundi nanti..

Setiap pengundi yang akan mengundi pada Hari Mengundi Awal hendaklah membawa salah satu dokumen pengenalan diri yang mengandungi nama, No. Kad Pengenalan dan gambar seperti yang berikut: 

a) Kad Perkhidmatan bagi anggota tentera dan PDRM atau Kad Pengenalan atau MyKad;
atau
b) Resit Pengenalan Sementara (JPN KP09);
 atau
c) Resit Kehilangan Kad Pengenalan (JPN KP11) yang disahkan oleh JPN;
atau
d) Pasport Antarabangsa;
 atau
 e) Lesen Memandu yang mengandungi Nama, No. Kad Pengenalan dan gambar;
atau
f) Kad Kuasa Jabatan yang mengandungi Nama, No. Kad Pengenalan dan gambar

JOM PERGI MENGUNDI....



No comments :

Post a Comment

Seronok tak entry nie?Komen la sikit..。^◕‿◕^。

HASIL TANGAN GADIS KAMPUNG

Related Posts with Thumbnails

IKLAN JAP