NAK TAU INFO KLIK SINI

Tuesday, April 17, 2018

MAJIKAN YANG ENGGAN BERI KEIZINAN KELUAR MENGUNDI PADA PEKERJA DENDA RM5,000.00

Seperti yang sedia makum tarikh keluar mengundi adalah pada 9 Mei 2018 iaitu pada hari RABU...Pada dasarnya ramai pihak berasa sedikit terkilan mengapa tarikh 9 Mei dipilih untuk pengundi membuang undi...Ini kerana faktor jarak mengundi yang jauh, hari yang jatuh bukan hari cuti minggu dan banyak lgi masalah-masalah lain..

Tetapi memandangkan pilihanraya hanya 5 tahun sekali..dan ini perayaan yang kita amat tunggu-tunggu setiap lima tahun sekali maka setiap permasalahan yang timbul harus kita selesaikan dengan berhemah ...


 SURUHANJAYA PILIHAN RAYA MALAYSIA KENYATAAN MEDIA Bil.28/2018 SPR SAMBUT BAIK PERISYTIHARAN CUTI UMUM TAMBAHAN OLEH KERAJAAN PADA
 9 MEI 2018 

1. Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia (SPR) hari ini menyambut baik pengumuman oleh Kerajaan Malaysia bahawa tarikh 9 Mei 2018 ditetapkan sebagai Hari Kelepasan Am tambahan seluruh negara untuk membolehkan rakyat Malaysia menunaikan tanggung jawab mereka sebagai pengundi. 

2. Sejajar dengan ini juga SPR ingin menarik perhatian para majikan yang masih meneruskan operasi mereka pada hari mengundi, bahawa tiaptiap majikan dikehendaki memberi tempoh yang munasabah kepada pengundi-pengundi yang bekerja dengannya untuk keluar mengundi. Subseksyen 25 (1) Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954 memperuntukkan seperti yang berikut: 

“25. (1) Tiap-tiap majikan hendaklah, pada hari mengundi membenarkan suatu tempoh yang munasabah bagi tiap-tiap pemilih yang bekerja dengannya mengundi, dan tiada majikan boleh membuat apa-apa potongan daripada gaji atau saraan lain mana-mana pemilih itu atau mengenakan ke atasnya atau menuntut daripadanya apa-apa penalti oleh sebab dia tidak hadir bekerja dalam tempoh itu”. 

3. Majikan yang tidak membenarkan pekerjanya yang menjadi pemilih untuk keluar mengundi boleh didenda sebanyak lima ribu ringgit (RM5000) atau satu tahun penjara sebagaimana yang diperuntukkan di bawah subsekyen 25(3) Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954.

 2 4. Dalam hal ini juga, SPR juga turut menyeru serta menggalakkan pihak majikan untuk menggunakan budi bicara mereka bagi memberikan cuti khas atau pelepasan sewajarnya kepada pekerja-pekerja mereka yang dilantik sebagai Petugas Pilihan Raya Umum Ke-14 ini. 

5. Berhubung pelaksanaan pilihan raya pada 9 Mei 2018 itu juga, SPR menegaskan bahawa ketetapan itu bukanlah suatu perkara yang baharu kerana rekod PRU sebelum ini menunjukkan bahawa ianya telah beberapa kali diadakan pada hari bekerja iaitu pada PRU-1 (1959), PRU Ke-6 (1982), PRU Ke-9 (1995) dan PRU Ke-10 (1999). 

Maka dengan pengumuman cuti umum ini ia sewajarnya tidak dijadikan isu. Malah, pemakluman awal berkenaan tarikh PRU-14 ini juga membolehkan para pengundi mempunyai masa yang secukupnya untuk merancang perjalanan dan sebagainya. 

Sekian dan terima kasih. 

TAN SRI MOHD HASHIM BIN ABDULLAH 
Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia (SPR) 
Tarikh : 12 April 2018 / 25 Rejab 1439H

No comments :

Post a Comment

Seronok tak entry nie?Komen la sikit..。^◕‿◕^。

HASIL TANGAN GADIS KAMPUNG

Related Posts with Thumbnails

IKLAN JAP