NAK TAU INFO KLIK SINI

Showing posts with label MUTIARA KATA. Show all posts
Showing posts with label MUTIARA KATA. Show all posts

Wednesday, July 10, 2013

KORANG PERASAN TAK?

PERASAN TAK ??PERASAN TAK?...
Duit RM50 kelihatan begitu besar bila dibawa ke kotak derma masjid, tapi begitu kecil bila dibawa ke StarHill, MegaMall dan seangkatan dengannya..

PERASAN TAK?...30 minit terasa begitu lama untuk berzikir, tetapi begitu pendek untuk menonton drama2 di televisyen...

PERASAN TAK?...Betapa lamanya 2 jam berada di masjid, tetapi betapa cepatnya 2 jam ketika menonton wayang di panggung...

PERASAN TAK?...Susah sungguh merangkai kata untuk dipanjatkan doa ketika solat, tapi betapa mudahnya cari bahan bersembang bila bertemu kawan-kawan...

PERASAN TAK?...Betapa seronoknya mendengar seruan dan teriakan yang berpanjangan waktu perlawanan bola sepak, tapi betapa bosannya bila imam solat terawih bulan Ramadhan lama dan panjang...

PERASAN TAK?...Susah sangat baca Al-Quran 1 juzuk saja, tapi majalah hiburan dan novel best seller 100 halaman pun habis ditelaah...

PERASAN TAK?...Orang berebut depan untuk menonton bola dan konsert, tapi berebut saf paling belakang bila solat Jumaat supaya boleh cepat keluar....

Ada 3 Hal dlm hidup yg tidak boleh kembali :
1. Waktu 
2. Kata-kata 
3. Kesempatan
Ada 3 Hal yg dapat menghancurkan hidup seseorg :
1. Kemarahan 
2. Keangkuhan
3. Dendam ..
Ada 3 Hal yg tidak boleh hilang :
1. Harapan 
2. Keikhlasan 
3. Kejujuran
Ada 3 Hal yg paling berharga :
1. Kasih Sayang ..
2. Cinta 
3. Kebaikan
Ada 3 Hal dlm hidup yg tidak pernah pasti :
1. Kekayaan ..
2. Kejayaan 
3. Mimpi 
Ada 3 Hal yg membentuk watak seseorang :
1. Komitmen 
2. Ketulusan 
3. Kerja keras 
Ada 3 Hal yg membuat kita sukses :
1. Tekad 
2. Kemahuan 
3. Fokus ..
Ada 3 Hal yg tidak pernah kita tahu :
1. Rezeki ..
2. Umur 
3. Jodoh 
TAPI, ada 3 Hal dalam hidup yg PASTI :
1. Tua 
2. Sakit 
3. Kematian. ?.

Ya اللّه , insan yg membaca ini adalah insan yg soleh n solehah, kuat, sabar, pengasih & penyayang - maka sayangilah dia serta kasihilah dia, bantulah dia meningkatkan taraf kehidupannya, murahkan rezekinya, sihatkan tubuh badannya, jika dia melangkah, selamatkanlah dia, permudahkan & lancarkan segala pekerjaannya..

Kirimlah kpd insan2 yg kamu ingati..


post signature

Sunday, July 7, 2013

KATA-KATA MENYAMBUT SALAM RAMADAN

Salam Ramadan semua,
GK nak kongsi sikit kata-kata indah menjelang Ramadan...
Semoga kata-kata ini korang boleh kongsi dengan kawan-kawan di FB, Twitter kat blog atau nak tulis SMS korang ye..
"Sepuluh jari tersusun rapi. bunga melati pengharum hati,. mohon maap setulus hati. 
mohon maaf zahir dan batin"
"Sebelum cahaya syurga padam, Sebelum hidup berakhir, Sebelum pintu taubat tertutup, Sebelum Ramadhan datang, saya mohon maaf zahir dan batin ." 
"Tiada kemenangan tanpa zikrullah, tiada amal tanpa keikhlasan, tiada ampunan tanpa maaf dari sesame insan, marhaban Ya Ramadhan.." 
"Bila hati saling terpaut rasa cinta terjalin indah, Bila salah & Khilaf telah terjadi maka Mohon Maaf Zahir & Batin atas kesalahan, Marhaban Ya Ramadhan . Selamat Menunaikan Ibadah Puasa Semoga kita selalu diberkahi dibulan yang penuh mahrifah"
Jika semua HARTA adalah RACUN maka ZAKAT-lah penawarnya,
Jika seluruh UMUR adalah DOSA maka TAQWA & TOBAT lah ubatnya,
Jika seluruh BULAN adalah NODA maka RAMADHAN lah pemutihnya, 
MOHON MAAF LAHIR & BATHIN, 
SELAMAT MENUNAIKAN IBADAH PUASA. 

post signature

HASIL TANGAN GADIS KAMPUNG

Related Posts with Thumbnails

IKLAN JAP