NAK TAU INFO KLIK SINI

Showing posts with label bonus kakitangan awam. Show all posts
Showing posts with label bonus kakitangan awam. Show all posts

Wednesday, October 15, 2014

BONUS KAKITANGAN AWAM AKAN DIBAYAR PADA BULAN JANUARI SAMA TARIKH DENGAN GAJI

Bonus kakitangan awam akan dibayar bersama gaji Januari - KSN


ALI HAMSA: Bonus akan masuk dalam gaji bulan Januari.


PUTRAJAYA: Bonus kakitangan awam yang diumumkan pada pembentangan Bajet 2015 minggu lalu akan dibayar bersama gaji Januari 2015, kata Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Dr Ali Hamsa.

Beliau berkata bonus berkenaan tidak boleh diawalkan atau dibayar pada tahun ini atau tahun sebelumnya.

"Bonus ini diluluskan dalam Bajet 2015. Jadi kalau kita lihat dari segi peraturan kewangan ia sepatutnya bermula (dibayar) pada 1 Jan 2015.

"Bonus akan masuk dalam gaji bulan Januari," katanya kepada pemberita di pejabatnya di sini hari ini.

Ali berkata demikian ketika diminta mengulas permintaan Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) pada Isnin supaya kerajaan membuat pembayaran bonus kepada penjawat awam pada 15 Dis, dan bukannya Januari depan.

Presiden Cuepacs Azih Musa berkata langkah itu bagi membolehkan penjawat awam membuat persediaan persekolahan anak sekaligus meringankan beban kewangan mereka.

"Memandangkan musim baharu persekolahan bermula pada Januari, kita minta supaya bayaran bonus dibuat lebih awal iaitu pada 15 Dis untuk membantu ibu bapa menyediakan persiapan persekolahan anak-anak," katanya.

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak semasa membentangkan Bajet 2015 pada Jumaat lepas, mengumumkan pemberian bonus setengah bulan gaji atau minimum RM500, kepada kira-kira 1.5 juta penjawat awam pada Januari.

Pesara kerajaan pula diberi bantuan khas sebanyak RM250.

Sumber:astro awani

Thursday, July 10, 2014

BONUS RAYA 2014 UNTUK KAKITANGAN KERAJAAN PERLIS

KANGAR: Kerajaan Perlis turut mengikuti langkah Kerajaan Pusat membayar bonus sebanyak RM500 kepada kakitangannya termasuk pekerja yang berstatus kontrak sempena Adilfitri.

Menteri Besar, Datuk Seri Azlan Man, berkata kumpulan yang layak menerima bonus itu adalah kakitangan gred 1 hingga 54 dan pembayaran akan dibuat dalam masa terdekat. 


Bercakap kepada pemberita semasa ditemui pada majlis berbuka puasa bersama media di Hotel Putra Palace di sini malam tadi, beliau berkata keputusan itu dibuat dalam mesyuarat Exco di sini petang semalam. 

"Mesyuarat juga memutuskan bonus tahun ini diperluaskan kepada kakitangan yang dilantik secara kontrak tetapi tidak tertakluk kepada pekeliling Kerajaan Persekutuan," katanya.

Azlan bagaimanapun tidak menyatakan jumlah pembayaran tetapi bagi kakitangan kontrak melibatkan peruntukan lebih RM70,000.

Bagi anak syarikat milik kerajaan negeri (GLC), beliau berkata Ahli Lembaga Pengarah syarikat perlu membuat keputusan berdasarkan kedudukan kewangan masing-masing.

Katanya mengikut amalan sebelum ini, pekerja GLC juga diberikan sagu hati sebagaimana yang dinikmati kakitangan di sektor kerajaan. 
"Sebelum ini kedudukan kewangan GLC-GLC stabil, jadi tiada masalah mereka dibayar sagu hati sempena Aidilfitri," katanya. - BERNAMA



post signature

Thursday, July 3, 2014

BONUS RAYA PENJAWAT AWAM 2014

Semalam bertalu-talu dapat whatsapp dari kawan mengenai pemberian "BAYARAN BANTUAN KHAS RAYA" untuk penjawat awam bagi tahun 2014....
sebelum ini dok dengar ura-ura kata kerajaan nak bagi sebulan gaji...masa tu rasa gembira sangat-sangat...boleh shopping lebih sikit raya ni...
tapi bila dah PM umum macam ni...kira bersyukur juga la...dari tak dak langsung...

Tuesday, December 24, 2013

TARIKH PEMBAYARAN BONUS 2014

Tahun 2013 bakal melabuhkan tirainya..tinggal lagi 7 hari untuk tahun 2014 mengambil alih tampuk pemerintahanya..

Bagi ibu-bapa yang mempunyai anak-anak yang akan menjejak kaki ke sekolah..mesti diorang pening pala sekarang nie menguruskan kewangan keluarga..persiapan sekolah pun dan habis beratus ringgit malah ada yang mencecah ribuan ringgit..itu belum masuk yuran persekolahan..ada sekolah sesi pagi la pastu nak bayar yuran sekolah sesi petang lak la..duit..duit..duit..pening pala pikir pasal duit..
Masa pembentangan bajet 2014 yang lalu YAB najib dah mengumumkan kerajaan akan bagi bonus pada awal Januari tarikhnya ilah 2 JANUARI 2014 (KHAMIS)..

Kira-kira 1.4 juta kaki tangan awam akan mendapat bonus nie..harap duit bonus nie bolehlah meringan beban rakyat..dah la kos sara hidup makin tinggi...kalau dapat bonus 2 bulan gaji sedap juga..tapi nak buat macam ne kerajaan mampu bagi separuh gaji je..kira syukur juga la dari tak de...

Pada yang bujang, yang tak de tanggungan tue, yang tak tau nak buat apa dengan duit bonus tue bolehlah menyimpan duit tu..tak pun korang bagi kat mak ayah..berkat juga duit gaji tue...apa-apa pun jangan boros...pasni tak tau apa lagi yang bakal naik ok...


post signature

HASIL TANGAN GADIS KAMPUNG

Related Posts with Thumbnails

IKLAN JAP