Kemarin semasa tengah bersiap nak pergi keje saya sempat la layan program
Tanyalah Ustaz di TV9...
Tajuk yang disampaikan ialah MASA SESUAI UNTUK BERDOA..
Semua orang ada keinginan..betul tak?
Kadang kala kita berdoa bertahun2 tapi doa kita tidak dimakbulkan kenapa agaknyer?
Renunglah kata-kata ini:
Bila Allah cepat makbulkan doamu, maka Dia menyayangimu.
Bila Dia lambat memakbulkan doamu, maka Dia sedang mengujimu.
Bila Dia tak makbulkan doamu, maka dia merancang sesuatu yang lebih baik untukmu.
Bila Dia lambat memakbulkan doamu, maka Dia sedang mengujimu.
Bila Dia tak makbulkan doamu, maka dia merancang sesuatu yang lebih baik untukmu.
Jangan salahkan Tuhan anadai apa yang kita hajati tak dimakbulkan...
kerana DIA lebih tahu mana yang terbaik untuk diri kita...
Sebagai hambaNya kita mestilah terus berdoa kerana
Allah berfirman yang bermaksud:
“Berdoalah kepada Tuhan kamu dengan merendahkan diri dan dengan suara yang perlahan serta bermohonlah kepada-Nya dengan perasaan takut serta penuh harapan, sesungguhnya rahmat Tuhan itu adalah dekat kepada orang yang berbuat kebajikan.”

Sekarang saya kongsi dengan korang masa yang amat sesuai untuk berdoa insyaalh doa korang kan dimakbulkan...(kalau boleh berdoalah setiap masa kerana ALLAH senantiasa disisi kita)
1) Berdoa pada malam jumaat dan hari jumaat
2) Berdoa pada waktu di antara azan dan iqamah
3) Berdoa pada ketika sujud dalam sembahyang
4) Berdoa pada bulan Ramadhan
5) Berdoa pada malam qadar(LAILATUL QADAR)
6) Berdoa pada hari Arafah
7) Berdoa pada satu pertiga malam
8) Berdoa selepas menunaikan sembahyang fardu
Ingatlah bahawa orang yang tidak mahu berdoa dianggap sebagai orang yang sombong kepada Allah Subhanahu Wata'ala.
Dengan berdoa, menunjukkan kita taat dan ingat Allah Subhanahu Wata'ala. Amalkanlah berdoa di setiap masa dan dalam apa jua keadaan kita sama ada di kala senang mahupun susah. Bukankah Allah telah memerintahkan kita supaya berdoa kepada-Nya sebagaimana maksudnya firman-Nya :

'Berdoalah kamu kepada-Ku nescaya Aku perkenankan doa permohonan kamu'.
No comments :
Post a Comment
Seronok tak entry nie?Komen la sikit..。^◕‿◕^。