Sejak akhir2 ini saya perhatikan ramai sungguh blogger yang dah tukar status diorang ...nak tau tak diaorang jadi apa sekarang?
DIORANG DAH JADI WARTAWAN...
Sekarang industri kewartawanan tak perlu risau pasal dah ramai wartawan segera yang wujud sekarang. Kerajaan tak payah susah-susah nak latih atau menyediakan kursus kewartawanan di IPTA/S sebab diorang sekarang dah tumbuh bagaikan cendawan selepas hujan...
Bila saya blogwalking macam2 artikle pasal dunia hiburan,institusi diraja dengan orang-orang terhormat heboh diperkatakan dan disiakan di setiap blog yang ada...
Saya faham diorang nak up traffik...tapi dalam menarik bilangan pengunjung kadang kala diorang lupa tentang hukum fitnah...
Sebagai seorang umat islam..semua orang sudah sedia maklum akan hukum memfitnah lebih berat dari membunuh..kenapa islam berkata demikian? ini keranan bila kita berfitnah dan menjadi orang yang menyebarkan fitnah iaitu berita yang belum pasti kesahihannya maka kita telah membunuh perasaan dan hati orang tersebut...bukan setakat orang yang difitnah rasa tertekan malah satu keluarga dan sahabat handal dia turut terkena tempias fitnah itu...
Saya perhatikan kebanyakan blogger yang berani untuk menyebarkan cerita-cerita sensasi ini adalah dikalangan muda mudi yang saya pasti adik-adik yang belum bekerja...Diorang nie masih lagi belajar dan mendapat tanggung penuh dari PAMA diorang..adik-adik ku sayang sedarlah sebelum terlambat kerana akak beri nasihat sebagai seorang kakak yang sayang pada adik-adiknya..Walaupun kita bukan sedarah sedaging tetapi saya perlu tegur sebab saya ada satu kisah yang ingin saya kongsikan bersama. agar menjadi tauladan untuk semua.
Kisah ini mengenai saman..ini kisah benar dan memang terjadi kepada rakan saya..untuk renungan semua...
Sahabat saya ini perempuan..dia dah menglibatkan diri dalam dunia blogging ni sudah hampir 5tahun..saya pun baru lagi dalam dunia blogging.Dia jenis orang yang tak cakap banyak..masanya banyak dihabiskan menghadap komputer walaupun dia agak pendiam didunia realiti tetapi tidak di dunia siber..setiap apa yang terjadi disekeliling dia..dia kan ceritakan di dalam blog dia..menurut kawan saya dia membuat blog private jadi tiada sesiapa yang boleh akses kecuali sahabat karibnya sahaja..
Nak dijadikan cerita suatu hari dia terlupa nak log out blog dia di opis..ada sahabat yang tidak bertanggungjawab telah membaca blog beliau..mereka amat terkejut kerana di dalam blog itu bermacam-macam ketidakpuasan hati sidia tuliskan di dalam blog dia..yang paling dasat cerita mengenai ketua kami turut dipaparkan..mereka terus print semua artikle -artikle tersebut dan ketua kami telah membuat laporan polis di bawah akta hasutan...
Adik-adik tau tak berapa dia kena saman?...jangan terkejut kalau saya bagitau nilai saman yang dikenakan ke atas sahabat saya ini bernilai RM2 JUTA..bukan RM2 ribu atau RM200 tau..kalau setakat RM2 ribu pejam mata boleh bayar lagi..kalau RM2 JUTA apa yang nak digadai?apa yang nak dicagar?mak ayah dia dikampung terkejut dapat berita ini..ayah dia 5 kali pengsan...mak dia menangis tak berhenti-henti...
Ketua polis negeri pun membuat siasatan...opis kami nie masa tue memang tegang...si dia yang menulis blog lagi la tergamam..dia menulis kerana luahan sahaja bukan niat untuk nak hasut sesiapa...dah la follower pun sahabat dia saja tak sampai 10 orang pun...tapi ada undang-undang kisah? Bila pengarah masuk campur barulah saman itu ditarik tapi prestasi keje terjejaslah...atas dasar luah suka-suka tak bermaksud tapi menjadi satu mimpi ngeri...
Jadi adik-adikku sayang jaga la setiap penulisan yang korang post..kadang kala korang just copy and paste..jangan la tersalah copy and paste nanti menjerat diri...dari korang nak up traffik last-last sekali up court lak...
betul tu...jgn berani bubuh bukan2 dlm belog...
ReplyDeletebetul ue cik eka...nak posting apa2 entry pun pikir la dulu..takut terjeratkan...
ReplyDeletetau xpe..eka ade tagg akak dlm en3 eka...
ReplyDeletehttp://ekahafizy.blogspot.com/2010/11/belog-hiburan-tak-payahla.html
ok akak sampai nie...jom terjah blog eka...
ReplyDelete