Buka kedai rakyat di PPR
PUTRAJAYA – Kawasan Projek Perumahan Rakyat (PPR) di sekitar ibu kota bakal menjadi medan projek perintis pembukaan cawangan Kedai Rakyat 1Malaysia fasa pertama yang dilaksanakan tidak lama lagi bagi memperluaskan penjualan barangan harga murah kepada warga kota yang berpendapatan rendah dan sederhana.
Menteri Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, kawasan itu menepati konsep kedai berkenaan untuk menjual pelbagai barangan keperluan asas pada harga berpatutan dan sekali gus mengurangkan beban kos sara hidup warga kota.
“Kebanyakan kelompok masyarakat di PPR adalah mereka yang berpendapatan rendah dan semestinya menjadi sasaran utama kita.
“Kami sedang mengumpul data kedai-kedai runcit yang beroperasi di kawasan PPR di seluruh Kuala Lumpur untuk pelaksanaan program ini,’’ katanya pada sidang akhbar di sini semalam.
Nota Kaki:
Bagus la ada kedai macam nie...boleh bantu orang berpendapatan rendah...
serba serbi 1 malaysia skrg yer..he
ReplyDeleteermm..bagusla kalo ada kedai mcm tu..sepatutnya peniaga2 kene pk juga org yg gaji2 rendah..x sume org mampu..
ReplyDeletebagus ada kedai 1 malaysia nie...sekurg2 dapat meringankan beban mereka yang kurang berkemampuan...
ReplyDeleteohw ya, sy mau tnya, kamu tau x mcm mana nak hilangkan 2 post untuk 1 entry? mcm kat blog saya sekarg nie... ssgt pening lahh... boleh tolong kan?
ai aida...apa maksud aida 2 post utk satu entry....GK tak nah jadi lagi...
ReplyDelete