GK semalam bermimpi sedang mandi didepan rumah baru...
Rumah yang GK memang idamkan iaitu rumah 2 tingkat ada telaga didepan rumah pastu penuh dengan tumbuh-tumbuhan yang menghijau...
GK mandi dengan kawan dengan opismate GK nama dia kak sue...yang menjadi tanda tanya kepada GK dalam mimpi tue GK bermimpi GK mandi dalam keadaan bogel...
GK tak tau jiran2 dok tengok GK mandi pastu terus GK lari masuk rumah...
Hati GK jadi tak tenang...GK nak tau juga apa maksud mimpi tue...maka GK pun surf kat internet dan inilah yang GK jumpa.....
ini dari blog semutapi.blogspot.com
20 Jun 2011 - Sewaktu saya berada di dalam majlis ilmu Tuan Guru Dato' Dr. Harun Din untuk mengikuti kuliah mingguan Darussyifa'. Sebelum memulakan majlis ilmu Tuan Guru bertaya kepada murid yang hadir:
"Ada sesuatu yang pelu saya bertanya kepada tuan puan sekalian..".
Saya memberi penumpuan sepenuhnya terhadap ucapan T.G dan menanti-nanti apakah soalan yang ingin ditanya oleh T.G.
"Pernahkah tuan puan sekalian bermimpi tuan puan berbogel dikhalayak ramai?" pertanyaan yang diajukan oleh T.G kepada hadirin yang hadir.
Sambungnya lagi "Siapa yang pernah sila angkat tangan.." sambil bertanya T.G melihat reaksi hadirin yang hadir.
"Tiada seorangpun?"
"Astagfirullah.."
Ternyata dikalangan kami tiada seorangpun yang pernah bermimpi dengan sedemikian rupa. Ketika itu T.G. Dato' Dr. Harun Din menceritakan didalam satu wawancara station televisyen di Arab Saudi bersama Sheikh Abdurrahman As-Sudais. Wawancara tersebut diadakan secara "live" berkenaan suatu topik yang diperbincangkan. Sewaktu sesi soal jawab, Sheikh Abdurrahman As-Sudais mendapat panggilan oleh seorang penonton siaran tersebut. Selepas memberi salam dan memperkenalkan diri, beliau bertanya berkenaan dengan tafsiran mimpi:
"Adakah syeikh tahu mentafsir mimpi?"
Jawab Syeikh Abdurrahman Sudais: "Saya tidak begitu arif untuk metafsir mimpi melainkan sesuatu yang saya pasti kebenarannya, sekiranya tidak pasti saya tidak dapat menjawabnya.."
Pemanggil talian tersebut berkata: "Baiklah. Saya bermimpi bahawa sewaktu mengerjakan tawaf, saya melihat dikhalayak ramai yang mengerjakan ibadah tawaf ada seorang lelaki yang berbogel sewaktu mengerjakan ibadah tersebut.."
"Apakah tafsiran bagi mimpi saya tersebut?"
Selepas memuji Allah swt, Syeikh Abdurrahman As-Sudais menjawab: "Tafsiran bagi mimpi tersebut saya berani untuk menjawabnya.. tafsirannya ialah orang yang dilihat berbogel tersebut memberi makna bahawa taubatnya telah diterima Allah seolah-olah tiada dosa padanya, sebagaimana bayi yang baru dilahirkan.."
Pemanggil talian tersebut bertanya lagi: "Bolehkah saya memberitahu kepada orang yang berbogel tersebut berkenaan tafsiran mimpi tuan syeikh?"
"Boleh.." kata tuan syeikh.
"Sekarang?" tanya pemanggil tersebut.
"Ya..boleh" kata tuan syeikh lagi.
Lantas pemanggil talian tersebut berkata: "Orang yang saya lihat berbogel didalam mimpi saya ada tuan Syeikh sendiri..!!"
Pada ketika mendengar kenyataan pemanggil talian tersebut, Sheikh Abdurrahman As-Sudais menjadi kelu, tidak dapat berkata apa-apa, terkejut dan hiba dengan kenyataan tersebut sehinggakan beliau menangis teresak-esak.
Siaran langsung station televisyen terpaksa dihentikan serta merta kerana pihak siaran tidak dapat meneruskan wawancara bersama Syeikh Abdurrahman As-Sudais yang sangat sebak dan hiba. Hanya Allah sajalah yang Maha Mengetahui perasaan beliau pada ketika itu.
Nota Kaki:
Andai benar apa yang ditafsirkan oleh Syeikh Abdurrahman As-Sudaisini ya Allah...aku bersyukur dengan segala rahmatMU yang telah Kau kurniakan kepadaku...tiada apa yang dapat mengembirakanku melainkan terhapus semua dosa-dosaku sebelum aku meninggalkan dunia ini...Rasa tenang diri ini untuk menghadapi saat melahirkan anak yang aku kandungkan ini...semoga Kau mempermudahkan setiap segala urusanku...amin....
berkat jadi seorang ibu shida....besar rahmatnya...berkat hidupnya...anak harta yg paling berharga...
ReplyDeletealhamdulilah aku dah selmat jadi seorang ibu sekarang...bahagia rupanye jadi ibu nie...
Deletesgt bertuah.. ")
ReplyDeletealhamdulilahh..seronoknya bila tau mcm tu
ReplyDeleteAlhamdulillah!
ReplyDeleteBesar rahmat Allah..
amin...semoga kita dirahmat selalu ye...('_')
Delete