NAK TAU INFO KLIK SINI

Tuesday, March 20, 2012

PERLUKAH HUKUM HUDUD DILAKSANAKAN...

Bila sebut pasal hudud ada pihak yang akan melenting...pelik la diorang nie...yang kebanyakan nak melenting tu orang islam la...memang dah dilahirkan sebagai seorang muslim tapi undang-undang ISLAM itu sendiri tak nak ikut...payah sangat ke nak terima hudud?

Cuba korang tengok negara kita sekarang...jenyah bunuh,culik budak bakar orang dah jadi satu trend...sana sini orang marah bila ada kanak-kanak di culik lepas tue di bunuh dan kemudian di bakar...bila kita tanya pendapat orang ramai apa yang patut atau hukum sewajarnya untuk pembunuh  ini rata-rata masyarakat akan menyatakan "BUNUH BALIK PEMBUNUH TUE" jadi disitu saja telah terserlah hukum hudud patut dilaksanakan..sebab dalam hukum hudud kalau orang tue membunuh hukumannya bunuh balik....cuba korang fikirankan...

Ada satu lagi kes yang rancak sangat diperkatakan sekarang ini..iatu kes buang bayi...kenapa bayi tidak berdosa dibuang?dibunuh?dilempar dari tingkat 2 rumah flat?di pam dalam mangkuk tandas?digugurkan?digongong anjing liar?ditinggalkan dirumah-rumah orang, ditepi jalan, dimasjid-masjid?semua ini angkara siapa?adakah angkara ibu bapa yang sah taraf perkahwinan yang buat?
Jawapannya: TIDAK SAMA SEKALI?
Habis siapa yang melakukan?korang fikirkanlah...


“Perempuan yang berzina dan lelaki yang berzina hendaklah kamu dera masing-masing dengan 100 rotan dan janganlah kamu berasa kasihan belas terhadap keduanya dalam melaksanakan perintah Allah jika kamu beriman kepada Allah dan pada hari kemudian.Hendaklah hadir ketika dijatuhkan hukumun terhadap mereka sekumpulan dikalangan orang-orang yang beriman” (An-Nur:2, al Quranul Karim) 

Adapun hukuman bagi penzina yang telah berkahwin ialah direjam dengan batu sehingga mati mengikut Sunnah secara lisan dan perbuatan. Telah diriwayatkan oleh Bukhari dan Muslim daripada Ibnu Mas’ud Bahawasanya Nabi Muhammad salallahualaihi wasalam telah bersabda:

“Tidak halal darah orang-orang Islam kecuali berlakunya salah satu daripada tiga perkara iaitu orang yang telah berkahwin berzina, orang yang membunuh dengan sengaja dan keluar daripada agamanya juga berpecah daripada jamaah orang-orang Islam”

Janganlah kamu berlembut dan berasa belas kasihan ketika hendak melakukan hukuman keatas penzina kerana ini adalah hukuman yang telah ditetapkan oleh Allah juga tidak boleh merosakkan hudud Allah yang telah ditetapkan dan sebagaimana  sabda Nabi Muhammad  SAW daripada apa yang telah diriwayatkan oleh Ahmad dan Ashab al-Kutub as-Sittah daripada Aisyah radhiAllahu anha:

“Demi Tuhan yang menciptakan diriku, walaupun sekiranya Fatimah bt Muhammad mencuri Sesungguhnya aku akan potong tanganya" 


NOTA KAKI:
Sekadar renungan....


3 comments :

  1. manusia yang tenggelam dalam hawa nafsu memang tak dapat nak menggunakan akal fikiran yang dikurniakan bagi memikirkan perkara yang betul..

    apa yang tak dapat nak diterima oleh hawa nafsu, sebolehnya akan ditolak hukumnya..

    nasib baik la Al Quran sememangnya dipelihara keasliannya oleh Allah, kalau tak abis segalanya diedit sepertimana kitab kitab terdahulu..

    ReplyDelete

Seronok tak entry nie?Komen la sikit..。^◕‿◕^。

HASIL TANGAN GADIS KAMPUNG

Related Posts with Thumbnails

IKLAN JAP