Menampilkan Tiz Zaqyah sebagai Nani dan Aeril Zafril (Adam) dan Bob (Amin), CKK telah menjengah pawagam seluruh negara pada 1 Mac ini mengisahkan seorang gadis ceria berusia 21 tahun, Nani, bersama binatang peliharaannya, Nico (meminjam suara Zizan Razak).
Nico seekor kura-kura spesies terancam dan ia mempunyai kelebihan luar biasa iaitu boleh bercakap dengan manusia (sekiranya ia mahu melakukannya). Kisah romantik komedi ini bermula pada saat Nani berpindah ke rumah abangnya, Amin.
Jiran Nani, Adam jatuh hati dengannya sejak kali pertama dia memandangnya. Tetapi Nico tidak suka dengan Adam lalu berusaha mensabotaj usaha Adam untuk mendekati Nani.
Pada masa yang sama, Nico lebih suka jika Nani berpacaran dengan calon kegemarannya sendiri iaitu Fadzly, seorang pengurus kedai haiwan. Bagaimanapun, Fadzly mempunyai motif jahat mendekati Nani, bertujuan menculik Nico untuk dijual ke sebuah restoran sebagai makanan eksotik.
Selain Nico, dua lagi karakter kura-kura diwujudkan iaitu Tok dan Mira, meminjam suara dua pengacara Hot FM, Syed Asri atau lebih dikenali sebagai Usop Wilcha dan Fara Fauzana.
NOTA KAKI:
GK pun tak sempat lagi nak tonton filem nie...macam best je...
salam dear..nana dari www.sakurashawl.com singgah sini :)
ReplyDeleteBest ke citer nih? dgr kata, kelakar..komedi romantik..
ReplyDeleteNi selepas dah baca ke atau just tau camtu je..
ReplyDeletebtw, salam perkenalan dlm dunia blog ye
Kalau best bagi tau ye GK
ReplyDelete